Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PKP Fasa 2 Penentu Kejayaan Bendung Covid 19

PKP Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini bakal menentukan sama ada fasa pertama PKP yang dilaksanakan di seluruh negara mulai 18 Mac lalu, berkesan atau sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kegagalan rakyat mematuhi PKP dijangka akan mencetuskan gelombang ketiga yang lebih membimbangkan.

“Tempoh dua minggu akan datang adalah amat penting dan kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

“Justeru itu, KKM menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah dan mengamalkan etika kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dan jarakkan diri antara satu sama lain,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

PKP fasa 2

Kejayaan PKP Fasa 2

Selepas dua minggu pelaksanaan fasa pertama PKP, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menilai aliran penularan wabak COVID-19. Meskipun ketika ini jumlah harian bagi kes baharu positif COVID-19 menunjukkan peningkatan dan ada kalanya mendatar, kejayaan sebenar akan mula dilihat pada fasa kedua PKP bermula hari ini hingga 14 April ini.

Dr Noor Hisham berkata, statistik KKM menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi positif COVID-19, iaitu individu yang berumur antara 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun.

Untuk rujukan: SOP PKP Fasa 2

“Kedua-dua kumpulan ini mungkin disebabkan mereka sering keluar atau berada di luar rumah, umpamanya faktor yang berumur 26 hingga 30 tahun itu mungkin dalam kalangan pelajar atau sering keluar rumah ketika PKP ini.

“Bagi kumpulan kedua, mereka itu mungkin ketua keluarga yang selalu keluar untuk membeli barang dan sebagainya dan mungkin dijangkiti ketika itu,” katanya.

PKP Fasa 2 Penentu Kejayaan Bendung Covid 19 1

Sehingga 31 Mac jam 12 tengah hari, terdapat 140 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumalatif di Malaysia sebanyak 2,766 kes, manakala kematian akibat COVID-19 dilaporkan bertambah enam kes kepada 43 kes keseluruhan.

Daripada enam kematian itu, satu kes membabitkan lelaki warga Indonesia berumur 40 tahun yang meninggal dunia jam 1.38 pag i tadi di Hospital Umum Sarawak.

Lima kes lagi membabitkan empat lelaki warganegara Malaysia yang berumur 69 tahun (dua kes), 73 tahun dan 81 tahun, manakala satu kes lagi wanita warganegara Malaysia berumur 48 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Semoga PKP fasa ke dua ini dapat membendung penularan wabak covid-19 ini, bersama-samalah kita membantu untuk memutuskan rantaian wabak covid-19 dengan hanya duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada keperluan yang penting.

Menarik untuk dibaca: Biodata Ketua Pengarah kesihatan Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More