Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biodata Dr Norhisham Abdullah

Dr Norhisham Abdullah adalah insan yang paling dikenali semasa Covid melanda. Ketika dunia sedang mengalami pandemik Covid-19, Malaysia adalah salah satu negara yang cuba berusaha untuk memutuskan rantaian wabak ini dari terus merebak. Saban hari wajah tenang seorang lelaki yang berjawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan dinantikan orang ramai untuk mendapatkan update terkini mengenai Covid-19 ini.

Biarpun beliau bukanlah selebriti, penyanyi, pelakon mahu pun ahli politik, namun semakin hari popularitinya semakin meningkat naik. Tutur katanya cukup lembut dan sopan membuatkan ramai yang tenang mendengarkan beliau berkata-kata.

Lelaki itu adalah Datuk Seri Dr Norhisham Abdullah, insan yang cekal dan bagaikan ‘panglima’ di medan perang ini dengan mengetuai semua petugas kesihatan di Malaysia

Biarpun wajahnya nampak tenang namun pastinya tugas yang dipikul ini bukannya mudah. Malah setiap tutur katanya di televisyen tetap disusun teliti dan memudahkan orang ramai untuk faham apa yang disampaikannya.

dr norhisham abdullah
Dr Norhisham Abdullah

Isi Kandungan

Tentang Dr Norhisham Abdullah

Dr Norhisham Abdullah Dilahirkan di Sepang, Selangor pada tahun 21 April 1963, Dr NorHisham Abdullah mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988.

Dr NoHisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney Australia.

Beliau merupakan Pakar Bedah Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada tahun 2004.

Selain itu, Dr Norhisham Abdullah juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008 dan merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya serta Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada tahun 2007.

Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau menyumbangkan banyak buah fikiran dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab buku teks tentang pembedahan endokrin.

BIODATA DR.NORHISHAM ABDULLAH

NAMA:Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
TARIKH LAHIR:21 April 1963
TEMPAT LAHIR:Sepang, Selangor
   

ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI

ALAMAT PEJABAT:Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 12, Blok E7,  Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
EMAIL:[email protected]
NO TELEFON:03 – 8883 2545
FAKS:03 – 8889 5542

ANUGERAH

Bil.Tarikh PenganugerahanDarjah
1.5 April 2014Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
2.26 Ogos 2013Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.)
3.17 Mei 2013 Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) 
4.17 Mei 2010Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)
5.2 Jun 2007Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
6.5 Jun 2004Kesatria Mangku Negara (K.M.N)

 ANUGERAH LAIN

1.Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL 
2.Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL 

KELULUSAN

Bil. Kelulusan Tahun    
1. Medical Doctor M.D (UKM) 1988  
2. Master of Surgery M.S (UKM) 1994  
3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery 1997  
4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) 1998  
5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) 2004  
7. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK 2008  

PENGALAMAN

Ketua Pengarah Kesihatan01.03.2013
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
29.01.2008
Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya
16.08.2002
Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur16.01.1998
Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia1997-1998
Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia1997
Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu01.07.1994
Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur1990-1994
Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur02.10.1989
  House Officer University Hospital Kuala Lumpur01.08.1988

 

 

 


SPECIAL APPOINTMENT:

Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong 2008
Sri Lanka College of Surgeon special guest Colombo 2010
British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010
23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan 2011
Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011
13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012
Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur 2012
General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania 2012
Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012
Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013

sumber :moh.gov.my

Artikel berkaitan untuk anda baca:PKP Fasa 2 Penentu Kejayaan Bendung Covid 19

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More