Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024

Berikut dikongsikan sebuah program penajaan pendidikan PETRONAS yang kini sedang dibuka bagi permohonan tahun 2024.

Isi Kandungan

Permohonan Biasiswa Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024

PETRONAS menyeru kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang mempamerkan bakat cemerlang, dedikasi dan berpotensi untuk memohon tajaan pendidikan di bawah inisiatif PETRONAS Powering Knowledge.

Inisiatif Penjanaan Pengetahuan PETRONAS yang dikenali sebagai Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) ini terbuka kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti berikut:

  • Universiti Teknologi PETRONAS; termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Terunggul di Malaysia; termasuk tempoh wajib Program Asasi.
  • Universiti Luar Negara; termasuk sehingga 24 bulan Program Pra-Universiti di Malaysia.
Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024 1
Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum membuat permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024 ini, pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria kelayakan seperti berikut:

  1. SPM tahun semasa.
  2. Warganegara Malaysia yang berumur antara 16 hingga 19 tahun pada 2024.
  3. Kemahiran kepimpinan yang mantap dan penglibatan aktif (boleh ditunjukkan) dalam aktiviti kokurikulum.
  4. Hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang mencapai minimum 8A layak memohon Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (Lepas SPM) 2024 ini.
  5. Kelayakan akademik yang lebih terperinci yang diperlukan untuk program tajaan adalah seperti berikut:
ProgramDisiplinKelayakan Diperlukan
Universiti Tempatan1. Kejuruteraan kimia
2. Kejuruteraan mekanikal
3. Kejuruteraan Elektrik
4. Kejuruteraan Instrumentasi
5. Geosains Petroleum
6. Kejuruteraan Petroleum
1. Minimum 8A dalam SPM, yang merangkumi mata pelajaran berikut:
– Fizik
– Kimia
– Matematik
2. Minimum CEFR B1.
Universiti Tempatan1. Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian
1. Minimum 8A dalam SPM, yang merangkumi mata pelajaran berikut:
– Matematik
– Matematik Tambahan
2. Minimum CEFR B1.
Universiti Tempatan1. Perakaunan / Kewangan
2. Ekonomi
3. Pemasaran
1. Minimum 8A dalam SPM, yang merangkumi mata pelajaran berikut:
– Matematik
2. Minimum CEFR B1.
Universiti Luar Negara1. Kejuruteraan kimia
2. Kejuruteraan mekanikal
3. Kejuruteraan Elektrik
4. Kejuruteraan Instrumentasi
5. Geosains / Geologi / Geofizik
6. Kejuruteraan Petroleum
7. Kimia Gunaan
1. Minimum 4A+ dan 4A dalam SPM, yang merangkumi mata pelajaran berikut:
– Fizik
– Kimia
– Matematik
– Matematik Tambahan (A+)
2. Minimum CEFR C1.
Universiti Luar Negara1. Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian
2. Matematik / Statistik (Sains Data)
1. Minimum 4A+ dan 4A dalam SPM, yang merangkumi mata pelajaran berikut:
– Matematik
– Matematik Tambahan
2. Minimum CEFR C1.
Universiti Luar Negara1. Perakaunan / Kewangan
2. Ekonomi
3. Pemasaran
4. Sains Aktuari (Risiko Kewangan)
5. Psikologi / Sosiologi (Gelagat Organisasi)
6. Undang-Undang
1. Minimum 4A+ dan 4A dalam SPM, yang merangkumi mata pelajaran berikut:
– Matematik
2. Minimum CEFR C1.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan kini dibuka secara dalam talian (online) bermula 23 Mei 2024, bermula jam 12.00 tengahari sehingga 2 Jun 2024, jam 12.00 tengahari dan permohonan boleh dibuat pada pautan berikut:

>>>Permohonan Biasiswa Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024<<<

Permohonan hendaklah dihantar secara dalam talian (online) menggunakan keputusan SPM sebenar, yang akan diumumkan pada 27 Mei 2024. Semakan Keputusan SPM 2023 bermula 27 Mei 2024 boleh semak DISINI.

Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Pengguna Baharu?

  1. Klik “Daftar” untuk meneruskan pendaftaran.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan.
  3. E-mel pengaktifan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda.
  4. Aktifkan akaun anda melalui pautan dalam e-mel.
  5. Log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan berdaftar anda.

Sila Rujuk Garis Panduan untuk Pemohon Penjanaan Pendidikan PETRONAS 2024 untuk butiran lanjut berkaitan cara permohonan yang lebih terperinci (Halaman 10 – 11).

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024 2
Program Penajaan Pendidikan PETRONAS

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024 ini, sila rujuk pada Garis Panduan untuk Pemohon Penjanaan Pendidikan PETRONAS 2024 dan FAQ.

Selain itu, anda juga boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:

  • E-mel: [email protected]
  • Hotline: 03 – 2331 2277 / 03 – 2051 2277 (tersedia dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat) bermula dari 27 Mei 2024)

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More