Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Punca Hubungan Suami Isteri Semakin Pudar

Hubungan suami isteri ini seperti air, ada pasang ada surutnya. Sekejap bergolak, sekejap tenang. Masam manis dalam rumah tangga sangat sinonim dengan pasangan suami isteri sama ada yang baru berkahwin atau pun sudah lama mendirikan rumah tangga. Manakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup, lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Hubungan tegang antara suami isteri tidak akan timbul tanpa punca dan sebab. Ketegangan ini perlu ditenangkan supaya tiada masalah lain yang lebih teruk akan terjadi.

Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya. Jika berlaku pergaduhan, puncanya harus diteliti semula supaya masalah dapat diselesaikan. Jom, kita ikuti punca yang selalau terjadi kepada pasangan suami isteri dalam hubungan kekeluargaan ini yang semakin renggang.

hubungan

TERSEPIT ANTARA IBU DAN ISTERI/SUAMI

Bagi suami, tanggungjawabnya adalah untuk memastikan dia membawa isteri keluar dari rumah keluarga untuk membina kehidupan sendiri secara berdikari. Tetapi yang menjadi masalah jika suami membawa isterinya tinggal sebumbung dengan ibu kandungnya. Mungkin alasannya untuk menjaga ibu dan masih belum mempunyai rumah. Permulaan perkahwinan mungkin boleh diterima, tetapi jika sudah sampai bertahun masih duduk di rumah ibu, isteri mana yang tidak bising? Jika duduk bersama, suami wajib mementingkan ibu dalam semua perkara.

Kesannya, suami akan terpaksa melukai hati isteri kerana patuh arahan ibunya. Suami tersepit antara ibu dan isteri. Pada mulanya, mungkin keburukan kita tidak nampak, tetapi jika sudah lama kita tidak mampu menahannya. Jika isteri sudah mula menunjukkan rasa ketidakselesaannya, suami perlulah menasihat isteri supaya bersabar dan berilah peluang untuk suami berbincang dengan ibunya. Keadaan isteri yang terlalu memaksa dan mendesak akan mengeruhkan lagi keadaan.

Pasti ada yang tidak menyokong dan kata bergaduh hanya jaga ibu atau bapa yang sakit. Terpulang pada sesiapa yang fikir begitu. Hakikatnya, ia berlaku. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.

SUAMI TIDAK MEMBANTU ISTERI

Dalam rumah tangga, tanggungjawab suami adalah memasak, membasuh, mengemas rumah, memberi nafkah zahir dan batin dan menjaga kebajikan isteri. Tanggungjawab isteri pula adalah melayan suami. Itu apa yang sepatutnya diketahui oleh suami dan isteri. Tetapi, isteri zaman sekarang dikatakan ‘Superwoman’ mampu melakukan semuanya untuk suami. Itu menjadi satu bonus kepada isteri untuk menempah tiket ke syurga.

Walau pun isteri sanggup melakukan semua itu untuk suami, waima itu adalah tugas suami, anda sebagai suami tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri. Jika isteri keletihan memasak, menguruskan keluarga, suami perlu membantu isteri untuk meringankan bebannya. Jangan sesekali biarkan isteri membuat semua kerja seorangan, dan akhirnya kepenatan. Jika penat, isteri akan mula mengeluh dan menolak ajakan suami. Suami pula akan bertindak dengan memarahi isterinya. Hal ini akan mencetuskan hubungan tegang antara suami dan isteri.

SELALU MENGUNGKIT

Sikap selalu mengungkit sama ada isteri atau suami amat bahaya sekiranya masih diamalkan. Si isteri akan mengungkit kerja-kerja yang dia banyak lakukan, melahirkan anak, sanggup berkorban untuk suami jika apa yang dia hendak tidak dituruti suami. Suami pula akan mengungkit kepada isteri apa sahaja perkara untuk melawan balik kata-kata isterinya. Jika amalan ini diteruskan, hubungan suami isteri akan tegang. Jika kita sentiasa ada perasaan tidak puas hati terhadap pasangan, perlulah berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing.

Jangan sampai satu tahap anda keluarkan semuanya, itu dianggap sebagai mengungkit. Sikap ungkit-mengungkit ini menunjukkan petanda yang anda tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja. Walau sepenat mana pun kita, perlu fikir positif dan tanam dalam diri supaya bersabar kerana keberkatannya sangat besar dan mampu mengukuhkan lagi keharmonian rumah tangga.

hubungan

TERLALU BERKIRA DALAN MELAKUKAN KERJA RUMAH

Bagi suami isteri yang bekerja, masa bersama di rumah adalah sangat singkat. Jika berjumpa, ada sahaja perkara yang menjadi sebab untuk marah. Setiap pasangan bekerja selalunya akan berkira untuk melakukan sesuatu kerja. Contohnya selalu tugas isteri memandikan anak kecil, memberi makan. Sesekali isteri akan meminta suami melakukan tugas tersebut. Menjadi masalah bila suami tidak mahu melakukannya. Suami terlalu berkira mengenai tugas membantu isteri di rumah.

Begitu juga dengan isteri, berkira untuk membantu suami ketika di luar rumah. Kesannya, hubungan akan menjadi tegang dan masing-masing akan bermasam muka. Sampai bila hendak amalkan budaya seperti ini, yang menjadi mangsa anak-anak.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Punca Hubungan Suami Isteri Semakin Pudar ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Artikel lain: Kepentingan Katalog Produk Dalam Bisnes

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More