Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024 perlu dibuat oleh semua penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor sebelum 18 November 2023.

Maklumat lanjut berkaitan langkah-langkah kemaskini penyambungan dan sebagainya boleh didapati di bawah.

Isi Kandungan

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari LZS disarankan untuk segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian (online), bagi membolehkan penyambungan bantuan tersebut pada tahun 2024 sebelum tarikh 18 November ini.

Penyambungan bantuan sewa rumah itu melibatkan lebih 17 ribu asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar dengan LZS di Selangor.

Asnaf yang terlibat akan menerima satu pautan melalui SMS dan perlu mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan bagi mengemas kini maklumat pemilik rumah sewa, kadar sewaan semasa dan kaedah pembayaran sewaan.

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Apakah Yang Dimaksudkan Penyambungan Semula Bantuan Sewa Rumah?

Penyambungan bantuan sewa rumah adalah proses kemaskini maklumat sewaan rumah asnaf bagi tahun 2024 merangkumi perkara-perkara berikut.

  • Kadar sewaan semasa dan terkini (tahun 2024).
  • Maklumat pemilik rumah semasa.
  • Kaedah bayaran sewa.

Sekiranya ketua keluarga dijatuhkan hukuman penjara / tidak bertanggungjawab / menghilangkan diri / dalam proses penceraian perlukah kemaskini dilakukan?

Jawapannya adalah TETAP PERLU KEMASKINI dan boleh merujuk ke cawangan LZS terdekat bagi pertukaran maklumat ketua keluarga.

Perlu diingatkan, dokumen yang perlu dimuatnaik di dalam portal perlu disahkan terlebih dahulu oleh nazir / amil / ketua penduduk ditempat saya tinggal dan status kelulusan bantuan boleh disemak selepas 15 Disember 2023.

Panduan Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Langkah-langkah untuk membuat Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024 adalah seperti berikut.

Langkah 1: Layari Portal EZO Dan Daftar Masuk

Layari Portal EZO dan daftar masuk untuk membuat pengemaskinian.

  • Bagi pengguna baru sila daftar akaun baru – klik [Individu]
  • Bagi pengguna sedia ada, sila masukkan ID dan Kata Laluan
  • Sekiranya “terlupa kata laluan” sili klik pada pautan [Terlupa Kata Laluan]

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Langkah 2: Sahkan Profile Peribadi & Pilih Menu “Permohonan Zakat Online”

Sila sahkan profile anda dan scroll ke bawah banner Penyambungan Bantuan Sewa Rumah dan Klik pada butang “Isi Borang Penyambungan”.

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Langkah 3: Pada Menu Penyambungan Bantuan Sewa Rumah

Sila klik pada pilihan “penyambungan semula bantuan sewa rumah” dan apabila pilih perkara 1, sistem akan paparkan button [Isi Borang Penyambungan].

Pengguna perlu klik button [Isi Borang Penyambungan]

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Langkah 4: Lengkapkan Proses Penyambungan Sewa Rumah

Sila semak maklumat tuan rumah dan kaedah bayaran.

Pengguna perlu membuat pilihan perbaharui bantuan sewa rumah mengikut situasi semasa pemohon.

Setelah itu pilih button [Seterusnya]

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Langkah 5: Lengkapkan Dokumen Lampiran

Sila lengkapkan dokumen lampiran seperti yang di pinta.

Sekiranya pemohon tiada borang maklumat sewa rumah, sila download melalui pautan borang maklumat sewa rumah.

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Langkah 6: Hantar Permohonan

Sila semak maklumat kemaskini / penyambungan sewa rumah dan pastikan dokumen di muat naik dengan betul.

Sekiranya semuanya di sahkan tepat, sila pilih button [hantar permohonan penyambungan bantuan sewa rumah]

Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan panduan berkaitan Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024 ini, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi Penyambungan Btn Sewa 2024.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan pula, anda boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343, atau mengunjungi mana-mana cawangan LZS berhampiran atau mengemukakan maklum balas di portal rasmi Lembaga Zakat Selangor di [email protected].

Diharapkan info terkini tentang Kemaskini Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya semua asnaf yang terlibat.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More