Rahsia Amalan untuk Minda Sihat

Minda yang sihat sangat penting untuk dijaga kerana ia dapat mengurangkan risiko tekanan pada pemikiran, mental dan juga perasaan seseorang.
Untuk menjadi seorang manusia yang memiliki akal yang cergas, seseorang mestilah mempunyai akal yang waras dalam membuat pertimbangan keputusan. Akal yang hebat dilahirkan daripada otak yang cerdas.
Isi Kandungan
1. Sarapan pagi wajib di ambil
Jika seseorang yang tidak mengambil sarapan pagi paras gula dalam darah akan menjadi rendah dan ini dapat mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Kesan daripada ini kebanyakan sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.
Pakar kesihatan menyatakan bahawa pengambilan sarapan pagi adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari.
2. Jauhkan dari makan secara berlebihan
Manusia yang berfikiran bijak kebiasannya amat mengambil berat pada setiap pemakanan mereka. Secara umumnya mereka yang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut bagi tujuan pencernaan.
Akibat daripada kesan ini akan menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.
3. Dilarang merokok
Bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok sangat merbahaya. Ia boleh merosakkan sel-sel otak anda.
4. Pengambilan gula secara berlebihan
Kadar pengambilan gula secara berlebihan dapat mengganggu proses penyerapan protein dan nutrisi. Kesan ini dapat mengganggu proses perkembangan otak yang akan menyebabkan pemikiran manusia menjadi lembap dalam berfikir.
5. Amalkan hirup udara bersih
Menghirup udara segar dan bersih secara tidak langsung membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak. Otak merupakan organ pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia.
6. Tidur yang cukup
Tidur yang cukup juga salah satu faktor terpenting dalam menghasilkan otak yang sihat dan cerdas. Cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang adalah dengan mendapatkan tidur yang cukupnya tetapi sekiranya berlebihan pula, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.
7. Tidur dengan cara yang betul
Posisi tidur dalam keadaan yang tidak betul seperti meniarap atau menangkup muka dengan bantal, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkap dan akan dihidu semula. Oleh hal yang demikian, otak akan kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang ketika tidur.
8. Latih otak berimaginasi dan berfikir
Setiap sesuatu perkara atau kerja yang jarang diasah atau digunakan sudah tentu sedikit sebanyak dapat mempengaruhi tahap kerja atau prestasi sebenar yang mampu dilakukan.
Begitu jugalah dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak dalam berfikir.
Amalan-amalan tersebut bagus untuk diamalkan demi untuk memiliki minda yang lebih sihat.
Semoga bermanfaat.