Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Risiko Penghawa Dingin Semasa Anda Tidur

Penghawa dingin merupakan alat penting terutamanya ketika musim panas. Dalam musim panas ini untuk tidur dengan lebih lena sudah tentu jalan mudahnya, kita menggunakan alat penghawa dingin bukan?

Penghawa dingin

Sememangnya faktor cuaca panas merupakan salah satu sebab mengapa ramai di kalangan kita sering menggunakan alat penghawa dingin, kadangkalanya hingga tidak mengira masa.

Namun perlu diingat, disebalik keselesaan yang dinikmati terdapat juga kesan lain yang boleh menjejaskan tahap kesihatan anda lebih-lebih lagi semasa anda tidur.

Adakah kita tahu risiko pada kesihatan tubuh badan kita jika kita sering menggunakan alat ini ketika waktu tidur? Menurut cikgu, ini penting untuk kita mendapatkan kesihatan yang optimum dalam kerja seharian kita.

Isi Kandungan

Berikut adalah antara risiko penghawa dingin yang akan anda terima :-

1.  Dehidrasi

Alat penghawa dingin boleh mengakibatkan badan ada terdehidrasi.  Ini adalah kerana  ia menyerap kelembapan di kawasan sekitarnya, bahkan menyerap kadar air dalam tubuh badan dan menyebabkan dahaga dan kulit berasa kering apabila bangun di waktu pagi.

2.  Perubahan Suhu Yang Drastik

Tubuh akan mengalami kejutan terhadap perubahan suhu.  Ini kerana, tubuh badan kita tidak mampu untuk menyesuaikan suhu badan yang sekata, disebabkan perubahan suhu yang berlaku dengan begitu cepat.  Kesan dari perubahan ini, masalah kelelahan dan kekeringan pada kulit boleh terjadi.

3. Sakit Sendi dan Otot

Anda akan mengalami sakit di bahagian sendi dan otot jika terlalu lama berada di dalam bilik yang mempunyai suhu yang rendah dan sejuk pada satu jangka masa yang lama.   Anda  juga mungkin boleh mengalami sakit kepala dan radang pada sendi, jika berlarutan berada dalam keadaan ini.

4. Masalah Kesihatan

Kajian mendapati kebanyakkan mereka yang kerap menghabiskan banyak masa di bilik yang mempunyai penghawa dingin lebih berisiko dan lebih mudah terdedah mengalami penyakit asma dan menghadapi masalah pernafasan.

Ini adalah kerana kekerapan penggunaan penghawa dingin telah mengoptimakan penghasilan udara kurang bersih.

5. Kandungan Udara Tidak Berkualiti

Anda lebih mudah terdedah dengan pencemaran udara apabila berada dalam kawasan yang menggunakan alat penghawa dingin jika dibandingkan dengan kawasan luar dari lingkungan tersebut.

Akibat aliran udara yang sentiasa berulang dari penghawa dingin tersebut,  kadar udara bersih menjadi semakin berkurangan.   Udara tersebut mungkin boleh dicemari dengan pelbagai partikel terampai seperti habuk, debu, dan bulu haiwan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan.

6. Kualiti Tidur Menurun

Hasil kajian mendapati, aliran udara terlalu sejuk mampu menganggu kualiti tidur bagi seseorang individu.  Terutamanya  warga tua dan golongan wanita  kerana mereka mempunyai tahap sensitiviti yang lebih tinggi terhadap udara sejuk di sekeliling.

7. Kesan Pada Tubuh Untuk Hasilkan Imun Semulajadi 

Secara normalnya, semasa tidur tubuh akan bekerja secara semulajadinya  untuk mencipta imun bagi kekebalan tubuh tetapi jika berada di ruangan yang terlalu sejuk, tubuh badan gagal menghasilkan hormon tersebut dalam jumlah yang diperlukan oleh badan. 

Ini adalah akibat penurunan suhu yang rendah dari alat penghawa dingin

Tips Mengurangkan Risiko

  • Adalah lebih baik penggunaan alat penghawa dingin di kurangkan, terutamanya semasa tidur.  Mungkin boleh digantikan dengan penggunaan kipas angin sekiranya cuaca tidak terlalu panas.
  • Anda boleh menetapkan timer untuk ia berfungsi selama beberapa jam sahaja sebelum ia terpadam sendiri apabila tiba waktunya.
  • Pastikan alat penghawa dingin sentiasa di servis bagi mengekalkan perudaraan yang lebih bersih dan selamat.

Selain dari artikel ini, anda juga seharusnya tahu akan PENTING AJARI ANAK LELAKI URUS TUGASAN DI RUMAH. Untuk anak kita boleh diajar untuk kemas rumah sejak kecil lagi.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More