Sumber Rujukan Globalisasi Anda

i-Akaun: Cara Daftar Dan Semakan Penyata KWSP Online 2021

Semakan Penyata KWSP Online  adalah salah satu kemudahan disediakan oleh kumpulan wang simpanan pekerja bagi semua pencarum membuat semakan penyata caruman masing secara atas talian.

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan. Melalui sistem online ini, para pencarum boleh menyemak baki dalam akaun 1 dan 2. Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun. Untuk mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Semakan Penyata kwsp online

Pihak kerajaan juga ada mengumumkan yang mana semua pencarum boleh mengeluarkan akaun 2 masing-masing sebanyak RM 500 sebulan melalui program i-Lestari  dan permohonan ini boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Isi Kandungan

Apa Perkhidmatan Yang Disediakan Melalui i-Akaun?

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Cara Reset Kata Laluan i-Akaun

  1. Layari portal rasmi kwsp.gov.my
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun
  3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan
  4. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP
  5. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan nombor TAC
  6. Masukkan nombor TAC yang diterima tadi
  7. Cipta kata laluan baru contoh abcd1234
  8. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar

Cara-Cara Membuat Semakan Penyata KWSP Online

  • Layari laman web KWSP dan login ke sistem i-Akaun
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
  • Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login.
  • Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
  • Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.
  • Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya

Berapa Jenis Pengeluaran Dalam KWSP Yang Dibenarkan?

Seperti dimaklumkan, selain untuk membuat semakan penyata KWSP online, sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP untuk beberapa tujuan seperti pendidikan, mengerjakan haji dan banyak lagi

Terdapat 17 jenis pengeluaran yang diperkenalkan oleh pihak KWSP kepada semua pencarum seperti berikut:

1. Pengeluaran sebahagian

  • Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50 tahun
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan
  • Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli Rumah Prima
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan
  • Pengeluaran simpanan yang melebihi RM1 juta

2. Pengeluaran penuh

  1. Pengeluaran dari Akaun 1 & 2 ketika umur 55
  2. Pengeluaran dari Akaun 55 dan Akaun Emas
  3. Ahli yang berkhidmat di Sektor Awam berstatus pekerja berpencen
  4. Hilang upaya secara fizikal atau mental
  5. Warganegara/Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara
  6. Apabila ahli meninggal dunia

Tips Untuk Elakkan Kecurian Maklumat Login i-Akaun

  • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More