Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Tarikh Temujanji Vaksin COVID19

Sudah daftar vaksin untuk ibu dan ayah anda? Tidak tahu status pendaftaran? Anda boleh semak status pendaftaran atau tarikh temujanji vaksin anda di Portal Rasmi JKJAV (Vaksin Covid).

Untuk makluman, 19 April ini akan bermula Fasa Kedua PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN.

Jadi, sekiranya anda telah mendaftarkan kedua ibu bapa, atau jika anda tergolong dalam golongan berisiko, dah bolehlah buat semakan.

Cara Semakan Status Pendaftaran / Tarikh Temujanji Vaksin COVID19

semakan

Butiran tentang pemberian vaksin seperti tarikh temujanji, lokasi / pusat pemberian vaksin dan masa temujanji akan dipaparkan.

Sila ambil perhatian maklumat temu janji hanya akan dikemaskini 14 hari sebelum tarikh vaksinasi anda.

Anda juga akan menerima notifikasi melalui MySejahtera atau SMS apabila tarikh temu janji vaksinasi anda telah ditetapkan.

Semakan tarikh temujanji vaksin COVID19 juga boleh dibuat melalui kod QR di bawah ini.

Jangan lupa copy paste mesej ini dan masukkan dalam group keluarga/ sedara/ komuniti tau.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di talian 1800-888-828 untuk maklumat lanjut.

Artikel lain: Doa Mustajab Sebelum Berbuka Mudah Dibaca dan Diamalkan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More