Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TIPS KUKU SIHAT

Kuku sihat boleh dilihat dari segi kebersihannya, mempunyai permukaan licin tanpa alur dan warna seragam. Ia harus bebas daripada tompokan, berubah warna atau menjadi pudar.

Kuku juga terdedah kepada penyakit. Kita perlu mengenal pasti beberapa keadaan yang biasa berlaku untuk membantu mendapatkan rawatan.

* Jangkitan bakteria – Jangkitan lipatan kuku yang biasanya disebabkan oleh bakteria. Namun, kulat ialah punca jangkitan yang diketahui.

* Jangkitan kulat- Keadaan ini sering berlaku. Kuku boleh dijangkiti kulat yis atau kurap. Kuku boleh menebal dan cacat kerana kemungkinan plat kuku terpisah daripada bahagian dasar kuku. Namun, ia boleh dirawat.

* Cagu – Ia berlaku apabila kuku tumbuh dalam dasar kuku yang menyakitkan dan menyebabkan jangkitan. Ini berkaitan dengan cara memotong kuku yang salah atau berlebihan berat badan (obes). Ia kerap berlaku pada individu yang memiliki kaki bersaiz besar.

kuku sihat
TIPS KUKU SIHAT 2

Isi Kandungan

Tips Menjaga Kuku Sihat

~SAPU PETROLEUM JELLY

Sapu petroleum jelly pada kuku sihat dengan kerap. Selain itu, sapukan juga sekeliling kulit kuku agar kulit dan kuku sentiasa dalam keadaan lembap. Boleh juga digantikan dengan Olive oil.

~JANGAN BIARKAN KUKU PANJANG

Elakkan dari memelihara kuku yang panjang sekaligus elak dari masalah kuku terkeluar. Potong kuku dengan tertib dan ikut sunnah. Sebaiknya potong kuku seminggu sekali agar kuku sentiasa kekal sihat dan bersih sepanjang hari.

~MINUM SEGELAS AIR SUSU

Jika anda mendapati ada warna putih di dalam kuku bermakna kuku anda kurang zink. Untuk mengembalikan kesihatan kuku seperti sediakala, anda perlu minum susu segar dan ambil makanan yang kaya dengan kandungan zink.

~KIKIR KUKU DENGAN CARA YANG BETUL

Biasanya orang akan kikir kuku dengan pergerakkan ke hadapan dan ke belakang. Tapi sebenarnya cara yang betul adalah dengan mengikir secara satu hala sahaja. Elakkan juga kikir kuku selepas mandi kerana kuku yang basah dan lembut akan mudah patah.

Semoga bermanfaat!

Menarik untuk anda baca: 10 tips Kekal Sihat Orang Dewasa

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More