Sumber Rujukan Globalisasi Anda

11 Mitos tetapi Dipercayai Seluruh Dunia!

Mungkin anda akan rasa tidak percaya dengan pembongkaran beberapa fakta di bawah. tapi hakikatnya, ini adalah kebenaran yang selama ini kita tidak tahu.

Berikut adalah 11 Mitos tetapi Dipercayai Seluruh Dunia! :-

 

MITOS 1. Gunung Everest gunung tertinggi di dunia

Tidak benar.

FAKTA :

Gunung Everest adalah  gunung yang terbesar, tetapi bukan yang tertinggi di dunia.  Pengiraan bagi gunung tertinggi  ditentukan dari atas permukaan laut.  Secara teknikalnya, jika dikira sekali dengan permukaan bawah laut, Gunung Everest berada di tempat kedua.

Mengikut pengiraan ini, gunung tertinggi di dunia adalah Gunung Mauna Kea di Hawaii. Ketinggian Gunung Mauna Kea dari permukaan bawah laut ke puncak , ketinggiannya mencecah sehingga 10,200 meter! Gunung Everest pula hanya mempunyai ketinggian sebanyak 8,848 meter dan tiada bahagian bawah air.

 

 

MITOS 2. Tembok Besar China boleh jelas dilihat dari angkasa menggunakan mata kasar

Tidak benar.

FAKTA :

Tembok Besar China mendapat populariti yang hebat disebabkan mitos ini.  Ia dikata sebagai satu-satunya objek buatan manusia yang jelas dilihat dari angkasa menggunakan mata kasar.

Realitinya, adalah cukup sukar untuk melihat Tembok Besar China dari mana-mana ruang angkasa walaupun anda berada pada orbit rendah Bumi.       

Ia tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar. Bahkan dengan bantuan lensa kamera yang cukup besar dan canggih sekalipun.

 

MITOS 3. Lembu jantan naik marah nampak warna merah

Tidak benar.

FAKTA :

Krew MythBusters TV telah membongkar mitos ini beberapa tahun yang lalu.

Apabila matador mengibarkan bendera berwarna merah, biru dan putih, lembu jantan didapati memberikan reaksi yang sama pada ketiga-tiga bendera tersebut.

Mereka berjaya membuktikan bahawa tindak balas yang sama dari lembu jantan ketika matador menggunakan ketiga-tiga warna bendera  bukan kepada warna merah sahaja.

Jadi jelas di sini bahawa pergerakan bendera itu sebenarnya yang menarik minat lembu untuk datang menerjah.

 

MITOS 4. Setiap bahagian lidah mengesan rasa yang berbeza

Tidak benar.

FAKTA :

Air liur setiap manusia mempunyai bahan kimia yang berupaya mengesan dan memberitahu kita tentang rasa sesuatu benda atau makanan.

Lidah kita mengandungi sehingga 10,000 tunas rasa, masing-masing mempunyai pori-pori dan reseptor rasa.  Sel-sel ini adalah sama pada seluruh permukaan lidah kita.

Setiap kali air liur yang mengandungi bahan kimia membuat sentuhan dengan mana-mana makanan pada permukaan lidah, tidak kira pada bahagian mana sekalipun, rasa akan dapat dikenal pasti.

 

MITOS 5. Kelawar buta

Tidak benar.

FAKTA :

Dari lebih 1200 spesis kelawar, tidak ada satu pun yang buta secara semula jadi, walaupun sesetengah kelawar mempunyai mata yang lebih besar dan penglihatan jauh lebih halus berbanding yang lain.

Sebenarnya, kadar penglihatan kelawar dalam keadaan gelap adalah lebih baik daripada manusia.  Kelawar juga boleh mengesan jarak dengan menghantar bunyi frekuensi tinggi yang dipantul melalui objek terdekat.

Jadi, kelawar sebenarnya tidak buta malah jauh lebih pintar daripada apa yang kita bayangkan.

 

MITOS 6. Kilat tidak akan menyambar pada tempat yang sama 

Tidak benar.

FAKTA :

Pemerhati cuaca dan pemburu ribut di seluruh dunia menjamin fakta bahawa petir sering menyerang dua kali atau lebih di tempat yang sama adalah benar.

Setiap kali badai petir muncul, kilat akan mencari konduktor dan pelbagai peralatan logam di atas bangunan tinggi untuk disambar.

Kilat dikatakan menyerang konduktor di atas bangunan tinggi dan menara seperti Bangunan Empire State di New York, Menara Eiffel di Paris, Menara CN di Toronto, Menara Sydney dan Auckland Sky Tower sebanyak 50-100 kali setahun.

Ini membuktikan tidak ada sebab fizikal, meteorologi, geografi atau geologi, mengapa kilat tidak dapat menyerang di tempat yang sama dua kali.

 

MITOS 7. Sesumpah berubah warna ikut persekitaran

Tidak benar.

FAKTA :

Penukaran warna sesumpah ini bertujuan untuk memberi isyarat kepada sesumpah yang lain mengenai pencerobohan, perlindungan atau keinginan untuk mengawan.

Dalam masa 20 saat, sesumpah ini boleh bertukar warna yang berbeza melalui tindak balas sel-sel dalam otak mereka.

Saintis bersetuju penukaran warna oleh sesumpah bukan untuk tujuan menyamar.  Ia lebih berkait dengan sistem komunikasi mereka.

 

MITOS 8. Warna Planet Marikh adalah merah

Tidak benar.

FAKTA :

Apabila dilihat melalui teleskop, pengkaji bintang mendakwa planet Marikh tidak berwarna merah.

Gambar definisi tinggi yang ditangkap oleh teleskop Hubble atau ekspedisi robot ke permukaan planet ini telah mendedahkan dari dekat, warna persekitaran Marikh sebenarnya lebih kepada kekuningan,juga termasuk warna-warna lain iaitu emas, coklat, dan warna kehijauan.

Dari jauh, debu-debu yang berkeliaran di sekeliling Marikh yang memperlihatkan seluruh planet ini seperti kemerahan.

 

MITOS 9. Anda akan menghidapi Atritis jika “membunyikan”  sendi

Tidak benar.

FAKTA :

Artritis adalah keradangan sendi. Membunyikan (atau meretakkan) sendi pada mana-mana bahagian badan tidak pernah dibuktikan sebagai penyumbang kepada keradangan sendi.

Sehingga kini, masih tidak ada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut.

Apabila tekanan dalam ruang sendi menjadi terlalu tinggi dan lebih banyak ruang perlu diperlukan untuk sendi bergerak dengan selesa, ruang akan terbuka dan gas dilepaskan, maka muncullah bunyi “pop” pada bahagian sendi yang diberi perhatian.

Bunyi  “pop” yang kedengaran adalah daripada gas-gas yang berlebihan dibuang dari cecair yang mengelilingi sendi.

 

MITOS 10. Kolesterol dalam telur tidak baik untuk jantung

Tidak benar.

FAKTA :

Telur tidak mempunyai lemak tepu dan hanya mengandungi kolesterol pemakanan, bukan kolesterol darah.

Anda perlu tahu ada dua jenis kolesterol iaitu kolesterol pemakanan dan kolesterol darah. Kedua-duanya diperlukan oleh tubuh manusia.

Kolesterol darah terbahagi kepada dua kategori – High-Density Lipoprotein (HDL) dan Low-Density Lipoprotein (LDL).  LDL ini adalah salah satu kolesterol yang tidak baik kerana ia melekat pada dinding arteri dan mempunyai potensi untuk membawa kepada penyakit jantung dan strok.   Lemak tepu adalah penyebab utama dalam meningkatkan kolesterol darah dan kadar LDL ini.

 

MITOS 11. Sebelum bersenam, anda perlu regangkan badan

Tidak benar.

FAKTA :

Penyelidikan terkini mendapati regangan sebelum latihan bukan sahaja tidak diperlukan, malah boleh menjadi tidak produktif.  Terdapat banyak sebab mengapa regangan mungkin tidak bagus seperti yang kita pernah tahu.

Satu kajian menyifatkan otot adalah sama seperti gelang getah.  Gelang getah akan kekurangan fleksibilitinya apabila diregang, begitu  juga dengan otot akan kehilangan beberapa fleksibiliti jika terlalu banyak diregang sebelum latihan sebenar bermula.

Terdapat juga bukti-bukti penyelidikan yang menunjukkan kecederaan,  tidak dapat dielak atau dikurangkan dengan regangan sebelum bersenam.

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More