Sumber Rujukan Globalisasi Anda

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG

Fenomena Train To Dabong pernah menjadi trending tahun lalu sebelum ianya ditutup sementara disebabkan covid-19. Kini, fenomena Train To Dabong kembali lagi bahkan dengan tarikan yang lebih menarik. Kali ini pengunjung berpeluang untuk menaiki train DMU KTM Berhad yang terbaru serta serba canggih lagi selesa.

Lebih menarik lagi pihak Keretapi Tanah Melayu telah memperbaharui koc untuk memberikan nafas segar kepada pengunjung dimana orang ramai tidak lagi perlu berebut-rebut untuk menaiki keretapi. Bolehlah anda mula merancang untuk bawa keluarga bercuti di tempat yang sangat cantik dengan gunung-ganang ala-ala Kundasang, Sabah ini kan! Tidak dapat ke Sabah pun takpe Kelantan pun ada tempat yang sumpah lawa!

Isi Kandungan

DIMANAKAH TERLETAKNYA DABONG?

Dabong terletak di dalam daerah Kuala Krai, Kelantan. Dahulunya Dabong bukanlah kawasan yang dikenali ramai disebabkan kurangnya tempat menarik untuk dikunjungi serta tidak diperkenalkan kepada orang ramai. Namun, buat para pendaki ia adalah antara salah satu tempat yang menarik untuk didaki dengan pemandangan yang cukup indah pada waktu matahari terbenam dan matahari terbit. Gunung Stong yang terletak di Dabong sudah menjadi kegemaran buat para pendaki yang akan bermalam di tapak Kem Baha. Di Kem Baha, pemandangan awan karpet dapat dihayati ketika waktu matahari terbit. Dabong mula menjadi tarikan pelancongan setelah beberapa lokasi percutian seperti Gua Ikan, Air Terjun Jelawang serta pelbagai makanan menarik mula menjadi perhatian ramai.

fenomena train to dabong

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 1

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM KE DABONG

  • Hanya terdapat 2 trip pergi dan 2 trip balik ke Wakaf Bharu.
  • Harga tiket yang jauh lebih murah berbanding train lama sebelum ini.
  • Cuaca di Dabong sekarang hujan, elakkan berada di kawasan air terjun kerana dikhuatiri muncul kepala air.
  • Hanya yang lengkap 2 dos sahaja yang dibenarkan menaiki train. Anak-anak kecil dibenarkan.

12 TEMPAT POPULAR FENOMENA TRAIN TO DABONG

Ikuti perkongsian daripada Senok Perut berkenaan 12 tempat menarik yang harus dikunjungi jika ke Dabong.

FENOMENA TRAIN TO DABONG

1- GUA KERIS

Gua keris mendapat nama “keris” berikutan terdapat batu yang berbentuk seperti keris yang sangat unik. Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat menikmati panorama unik dan mahal di Gua Keris yang dikenali sebagai ‘God Light’ yang sebenarnya turut menjadi kegilaan ‘Mat Saleh’ jika ke sana. Selain itu, pengunjung juga boleh menerokai tiga gua di Kampung Jelawang, Dabong iaitu Gua Ikan, Gua Pagar dan Gua Keris. Menurut sejarah, Gua Ikan ketika 150 juta tahun dulu adalah laut dan buktinya dapat dilihat di dalam Gua Pagar apabila terdapatnya tinggalan rumpai laut yang sudah menjadi fosil.

Ketika mengunjungi Gua Pagar sebelum menuju ke Gua Keris, terdapat juga beberapa lokasi menarik untuk merakam gambar di lokasi itu kerana formasi stalagmit dan stalaktit unik serta lapisan batu bersinar. Mengenai Gua Ikan pula, ia juga mempunyai kecantikan tersendiri apabila terdapat laluan air di bawahnya. Selain itu, terdapat juga ‘bumbung’ gua yang agak rapat menjadikan aktiviti pengembaraan lasak ini lebih menarik. Selain menerokai Gua Ikan, pengunjung juga dapat melakukan aktiviti mendaki tembok batu yang mempunyai 23 laluan pendakian mencabar serta boleh juga menguji kemampuan diri melakukan via ferrata.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 2

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 3

2- LATA KERTAS

Lata yang terkenal disebabkan adanya batu pelik serta airnya yang sangat jernih dooh. Terdapat pelbagai kemudahan tempat berkelah di kawasan ini seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai.

Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km. Untuk sampai ke sana adalah melalui jalanraya Jeli-Gua Musang hanya dengan kenderaan sendiri atau kereta tambang (Prebet Sapu) yang boleh didapati di Stesen Keretapi Dabong atau di pekan Jelawang dengan kadar bayaran RM 25/orang.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 4

3- MEE UDANG CHE DA (MEE UDANG GALAH VIRAL)

Mee udang galah viral ini sentiasa menjadi tarikan buat para pengunjung yang ingin merasai mee udang galah yang segar. Terletak di stesen KTM Dabong, bolehlah terus menjamu selera sebaik sahaja sampai.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 5

4- KTM DMU

Train yang akan anda naiki untuk ke Dabong. Dikatakan semua adalah serba baharu dan modern seakan-akan menaiki flight. Harga juga murah berbanding sebelum ini. Jika bertolak dari wakaf bharu train adalah pada jam 10.30 dan sampai di Dabong kira-kira pukul 12.15. Harganya cuma RM5.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 6

5- ADAM CAFE (IKAN BAKAR, SUP GEARBOX)

Kedai ikan bakar yang sangat sedap dan juga terkenal dengan sup gearbox serta pelbagai sup dan chicken chop. Terletak berdekatan SK Jelawang.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 7

6- UMMI POKOK CERI (MAKANAN THAI, SOMTAM, MEE CELUP)

Teringin nak makan masakan ori thai yang murah dan sedap? Haaaa, anda wajib singgah sini. Kedai masakan Thai yang sangat meriah pada waktu malam. Makanannya memang ori thai murah dan pastinya sedap.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 8

7- RAISYA MEE CELUP KOPEH

Terkenal dengan mee celup kopeh dan Teh Jebok. Lokasinya terletak berdekatan dengan stesen KTM. Disini memang terdapat segala jenis celup dengan lauk kerompes Ayam. Waktu beroperasi : 11am-7pm.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 9

8- SUNGAI KENERUNG

Terkenal dengan jolokan Kota Belud versi Kelantan. Ketenangan dan kejernihan Sungai Kenerong yang jauh dari hiruk-pikuk kota ternyata menjadikannya lokasi tepat untuk pencinta alam semula jadi. Disini, pengunjung berpelung untuk melalui aktiviti berkayak tiub atau ‘tubing’ iaitu bersantai dengan terapung di atas pelampung sambil menikmati pemandangan indah sudah pasti berbaloi walau untuk yang kali pertama mencuba aktiviti ini. Terdapat juga aktiviti rafting yang disediakan. Aktiviti tubing sepanjang 1.7 kilometer yang memakan masa sehingga satu jam setengah adalah aktiviti lasak yang baharu diperkenalkan di negeri ini. Anda perlu membayar sebanyak RM60 sebelum melakukan aktiviti ini dengan minimum 3 orang diperlukan.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 10

9- MERCU TANDA GUNUNG STONG

Tempat yang wajib anda singgah untuk bergambar dengan view belakang Gunung Stong. Bolehlah berangan ala-ala melancong ke Sabah kan?

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 11

10- JELAWANG PIPE RESORT

Resort yang terletak di dalam kebun Kelapa Sawit. Uniknya disini terdapat chalet yang berbentuk pipe yang dipanggil Kalbok. Terdapat pelbagai aktiviti ekstrem disediakan disini.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 12

11- KEM BAHA

Di Kem Baha sahaja anda akan dapat menikmati pemandangan awan karpet walaupun ketinggian tidak sampai 1000 meter dari paras laut. Laluan pendakian yang digunakan untuk ke kem baha adalah merupakan laluan yang sama untuk ke Air Terjun Jelawang, Gunung Ayam dan Gunung Stong. Pendakian untuk ke kem baha mengambil masa 2-3 jam sahaja melepasi puncak Air Terjun Jelawang yang terletak pada ketinggan 300 meter lebih. Air Terjun Jelawang merupakan antara air terjun yang tertinggi di Asia jadi tidak hairanlah pengunjung dapat melihat air terjunnya yang amat tinggi. Untuk memasuki Taman Stong, pengunjung perlu membayar permit serta perlu mengupah guide. Seeloknya pengunjung berpakat ramai-ramai untuk menjimatkan upah guide.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 13

12- STONGHILL RESORT

Resort yang baru sahaja dibina khas untuk pendaki gunung berehat sebelum memulakan pendakian. Di kaki gunung ini terdapat Air Terjun Jelawang yang tinggi dan sangat cantik untuk bergambar.

12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG 14

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian admin berkenaan fenomena Trip To Dabong yang mula menjadi perhatian ramai. Pengunjung yang berkunjung ke Dabong dengan menaiki keretapi pastinya dapat merasai pengalaman baru yang mengujakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan disini lebih-lebih lagi buat penggemar aktiviti lasak. Apa kata anda pula yang merancang untuk membawa keluarga anda bercuti disini? Anak-anak pasti sangat seronok! Tambahan lagi, Shuttle Timuran ( Set DMU) kini digandakan perjalanan dua kali lebih panjang pada hujung minggu Jumaat, Sabtu serta cuti umum. Jumlah seat juga ditambah menjadi semakin banyak iaitu seramai 416 untuk satu trip.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More