Sambutan Hari Kebangsaan 2025: Tarikh, Lokasi, Aturcara, Kemudahan Disediakan & Penutupan Jalan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut info terkini mengenai Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bagi peringkat Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos nanti.
Isi Kandungan
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Kebangsaan
Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia.
Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sambutan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.
Sambutan bulan kebangsaan bagi tahun 2025 akan dimulakan dengan penganjuran acara seperti berikut:
| Acara | Tarikh | Tempat |
|---|---|---|
| Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2025 | 27 Julai 2025 | Johor |
| Acara Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan 2025 | 31 Ogos 2025 | Putrajaya |
| Sambutan Hari Malaysia 2025 | 16 September 2025 | Pulau Pinang |
Tarikh, Lokasi & Aturcara Program
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan berlangsung pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Dataran Putrajaya, Putrajaya sebagai lokasi utama peringkat Kebangsaan.
Acara akan bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga tengah hari. Terdapat pelbagai program termasuk perarakan, persembahan kebudayaan dan upacara rasmi negara akan diadakan.
Aturcara program adalah seperti berikut:
| 7.00 Pagi | Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. |
| 7.10 Pagi | Ketibaan YB Menteri Komunikasi selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. |
| 7.15 Pagi | Ketibaan tetamu kehormat. |
| 7.40 Pagi | Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri II beserta isteri. |
| 7.45 Pagi | Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri I dan isteri. |
| 7.50 Pagi | Ketibaan YAB Perdana Menteri dan isteri. |
| 8.00 Pagi | – Ketibaan rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. – Upacara hormat Diraja dengan nyanyian lagu “Negaraku” oleh Kawalan Kehormatan Utama (KKU). – Lintas hormat oleh Unit Helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. – Penyambutan rasmi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan upacara menaikkan Jalur Gemilang yang diiringi tembakan meriam sebanyak 14 das. – Perbarisan kontinjen dan perarakan aset Kebangsaan. – Persembahan lintas udara khas. – Persembahan tematik bertajuk MADANI. |
| 10.00 Pagi | – Keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. – YAB Perdana Menteri dan isteri, bersama YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta tetamu kehormat mula meninggalkan majlis. – Majlis berakhir dan bersurai. |
Selain di Putrajaya, sambutan turut diadakan serentak di negeri-negeri seluruh Malaysia dengan pelbagai pengisian bersifat lokal bagi menyemarakkan semangat patriotisme di setiap komuniti.

Kemudahan Yang Disediakan
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk keselesaan kira-kira 100,000 pengunjung yang dijangka hadir.
Antara kemudahan-kemudahan utama yang akan disediakan termasuklah:
- 8,000 tempat duduk bertingkat yang akan dibuka seawal jam 5.00 pagi pada hari Sambutan Hari Kebangsaan 2025.
- 15,000 tempat letak kereta disediakan untuk kemudahan orang ramai.
- 200 tandas bergerak yang mudah diakses sepanjang kawasan Sambutan Hari Kebangsaan 2025.
- 5 surau sementara dan 2 surau bergerak untuk kemudahan beribadat.
- 18 khemah perubatan disediakan untuk kecemasan dan bantuan kesihatan.
- 60 trak makanan bagi menampung keperluan makan-minum pengunjung.
- 14 skrin LED dipasang sepanjang laluan perbarisan sejauh 2.1 kilometer untuk memudahkan tontonan.
- Pengangkutan percuma disediakan termasuk 80 bas ulang-alik, bermula seawal jam 4.00 pagi dari tiga (3) lokasi utama, iaitu Putrajaya Sentral, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dan sekitar Bulatan Putrajaya.
- 6 teksi air dan 3 Cruise Tasik Putrajaya turut disediakan untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar Putrajaya.
Selain itu, Program Sisipan Hari Kebangsaan 2025 turut disediakan seperti ketetapan berikut:

Penutupan Jalan
Sesi Raptai bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut pada 27 Ogos 2025 sehingga 29 Ogos 2025 di Dataran Putrajaya.
Tiga hari Sesi Raptai ini termasuk dua Sesi Raptai Awal pada 27 dan 28 Ogos, diikuti dengan Sesi Raptai Penuh pada 29 Ogos yang dijadualkan bermula jam 6.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Sebanyak 14 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup sementara setiap hari dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari sepanjang tempoh Raptai berlangsung untuk memberi laluan dan ruang yang mencukupi bagi latihan dan pergerakan kontinjen serta petugas sambutan.
Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan serta menggunakan laluan alternatif dan rancang perjalanan ke destinasi yang ingin dituju untuk perjalanan yang lancar dan selamat.

Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Kebangsaan ini, boleh dirujuk melalui Portal Rasmi Merdeka 360 dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.
Ayuh kita ramai-ramai turun untuk sama-sama kibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-68 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024 ini!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!




