Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official 17 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan KPM

17 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan KPM ini adalah bersumberkan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 18 Mac 2020.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Official 17 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan KPM 1
Perkara Perkara Perkara Perkara

Berikutan penularan virus COVID-19, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak kelmarin, 18 Mac 2020. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia turut memberikan pendedahan dan penjelasan kepada orang ramai berkaitan bidang kementeriannya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan.

Isi Kandungan

17 Perkara Penting

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 17 perkara yang dimaksudkan:

1. Adakah pelajar perlu ke sekolah/Kolej Matrikulasi (KM)/Institut Pendidikan Guru (IPG)?

Tidak.

2 Adakah guru-guru/kakitangan KM dan IPG dikehendaki hadir ke sekolah/kampus?

Tidak perlu, kecuali jika berlaku kecemasan atau dengan arahan daripada KPM.

3. Adakah pengawal keselamatan perlu bertugas di sekolah/KM/IPG?

Mesti menjalankan tugas seperti biasa.

4. Adakah pekerja kontrak kebersihan perlu bertugas di sekolah?

Perlu hadir pada 30 dan 31 Mac 2020 sahaja atau mengikut arahan KPM.

5. Adakah pekerja kontrak kebersihan perlu bertugas di KM dan IPG?

Ya, sekiranya masih ada pelajar dan warga kampus. Jika tiada pelajar dan warga kampus, perlu hadir pada 30 dan 31 Mac 2020 sahaja atau mengikut arahan KPM.

6. Adakah pendaftaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 pada 23 Mac 2020 akan diteruskan?

Tidak. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 perlu melaporkan diri pada 6 April 2020.

7. Adakah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara lantikan kontrak bagi fasa satu tahun 2020 (SK dan SJKC) perlu melaporkan diri pada 6 April 2020?

Tidak. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara lantikan kontrak bagi fasa satu tahun 2020 (SK dan SJKC) perlu melaporkan diri pada 15 April 2020.

8. Bagaimana dengan guru-guru dan warga KPM lain yang tamat cuti khas (cuti belajar, cuti tanpa gaji dan sebagainya) sebelum 31 Mac 2020?

Guru-guru dan warga KPM yang terlibat hanya perlu memaklumkan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan melalui e-mel dan melaporkan diri pada 1 April 2020.

9. Adakah sambutan Festival Hari Guru Malaysia 2020 akan diteruskan pada 28 Mac hingga 31 Mac 2020?

Tidak diteruskan.

10. Adakah majlis Gerakan Massa #Terimakasihcikgu diteruskan pada 1 April 2020?

Tidak diteruskan.

11. Apakah tindakan yang perlu dilaksanakan oleh warga KPM yang baru pulang dari luar negara?

Dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan sewaktu ketibaan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

12. Siapakah essential employees dalam konteks essential services di KPM?

Kakitangan yang mengendalikan hal ehwal kewangan, keselamatan dan kebersihan. Walau bagaimanapun, bilangan kehadiran hendaklah pada kadar minimum. Rujuk kepada jawapan 3, 4 dan 5 yang berkaitan pekerja kontrak keselamatan dan kebersihan.

13. Adakah penutupan sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung ini perlu diganti?

Tidak.

14. Bilakah pelajar perlu kembali semula ke asrama sekolah/KM/IPG?

Pada 1 April 2020 atau pada tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

15. Adakah pelajar di KM dan IPG yang masih menginap di asrama selepas tarikh berkuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac 2020) boleh pulang ke rumah?

Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan, pelajar di KM dan IPG yang belum pulang mesti kekal berada di asrama. Kebajikan pelajar di KM dan IPG diuruskan oleh pihak pengurusan kampus dan warden asrama. Tindakan ini juga selaras dengan arahan untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

16. Adakah murid boleh menghadiri aktiviti lain seperti tuisyen, kelas tambahan, latihan sukan dan kegiatan kokurikulum?

Tidak boleh.

17. Adakah semua premis KPM ditutup?

Ya. Semua prasekolah, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat, pusat tahfiz, kolej dan pusat GENIUS dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti serta Institut Pendidikan Guru ditutup sepenuhnya dalam tempoh tersebut.
Namun begitu, kemudahan asrama disediakan seperti biasa kepada semua pelajar KM dan IPG yang masih tinggal di asrama.
Semua bahagian dan agensi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga ditutup.

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu 17 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan KPM  memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More