Sumber Rujukan Globalisasi Anda

22 bazar Ramadan 7 negeri diarah tutup

22 bazar Ramadan di Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur diarah tutup. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan operasi perniagaan di 22 bazar Ramadan di tujuh negeri di Semenanjung termasuk Kuala Lumpur ditutup mulai esok selepas dikesan berlaku penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pengunjung bazar.

Arahan itu diberikan kepada 12 pihak berkuasa tempatan di tujuh negeri berkenaan menerusi satu memo dikeluarkan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bertarikh hari ini.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak KPKT berhubung kesahihan isi kandungan memo arahan itu yang tular di media sosial, hari ini.

Kandungan utama memo itu ialah arahan penutupan bazar Ramadan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdasarkan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Rabu lalu.

“KPKT menerima laporan daripada ‘Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE), Bank Negara yang mengesan ancaman penyebaran jangkitan COVID-19 di kawasan bazar Ramadan seperti di Lampiran A.

“Ancaman penyebaran ini adalah hasil pengesanan ‘contact tracing’ yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan menutup operasi 22 bazar Ramadan di Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor, dan di Kuala Lumpur, berkuat kuasa esok kerana dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi.

Arahan tutup operasi membabitkan empat bazar Ramadan di Johor iaitu Bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex (Pasir Gudang), Bazar Ramadan Kampung Pasir Jalan Mata Kuching dan @Mart, Kempas (Johor Bahru) dan Bazar Ramadan Lok Heng (Kota Tinggi).

Di Kedah, bazar Ramadan yang diarah tutup ialah Bazar Ramadan Taman Selasih (Kulim), Bazar Ramadan Baling 2021 dan Kupang 2021 (Baling), manakala Pahang membabitkan Bazar Ramadan Lurah Semantan dan Bazar Ramadan Temerloh Jaya, kedua-duanya di Temerloh.

Di negeri Perak, hanya satu bazar yang diarahkan tutup iaitu Bazar Ramadan Bazar Nenas Kampung Selabak di Teluk Intan.

negeri

Sementara itu, terdapat lapan bazar Ramadan di Pulau Pinang yang diarahkan tutup operasi iaitu Bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri; Attakwa Taman Bertam Indah; Kampung Melayu; Masjid Daerah Barat Daya dan Bazar Ramadan Jalan Berangan Bukit Bintang 2021. Turut ditutup, Bazar Ramadan Bukit Gedung dan Taman Tun Sardon.

Untuk negeri Selangor, arahan penutupan membabitkan bazar Ramadan di Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil (Subang Jaya) dan Bazar Ramadan Stesen LRT Cempaka (Ampang Jaya).

Di Kuala Lumpur, bazar yang diarah tutup adalah Bazar Ramadan Taman Setiawangsa dan Bazar Iftar Ramadan Jalan Raja Alang.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Permohonan Biasiswa IOI Group (Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More