Sumber Rujukan Globalisasi Anda

32,000 Kekosongan Jawatan Dalam Bidang Penuaian Ladang Kelapa Sawit

SEKTOR LADANG KELAPA SAWIT KEKURANGAN TENAGA PEKERJA

ladang

Kuala Terengganu: Silap faham berhubung tangga gaji yang ditawarkan dalam bidang penuaian ladang kelapa sawit menyebabkan golongan muda tidak berminat untuk menyertai sektor berkenaan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sebanyak 32,000 kekosongan jawatan masih belum diisi di seluruh negara di dalam bidang berkenaan.

“Ladang-ladang kelapa sawit kekurangan tenaga kerja dalam bidang penuaian dan ia perlu diisi tenaga kerja tempatan.

“Sekarang hanya lima peratus anak tempatan yang terlibat dalam bidang penuaian (kelapa sawit) itu berbanding orang asing.

“Kita utamakan orang tempatan untuk bekerja dan saya yakin pendedahan mengenai faedah dan tangga gaji yang diperolehi pekerja dalam bidang penuaian masih rendah,” katanya ketika sidang media Program Malaysia Prihatin Peringkat Terengganu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak.

Mohd Khairuddin berkata, ramai orang beranggapan gaji yang ditawarkan untuk pekerja dalam bidang penuaian hasil kelapa sawit itu rendah dan tidak berbaloi.

“Mereka ingat gaji kerja berat sebagai penuaian hasil kelapa sawit rendah sedangkan tangga gaji ditawarkan sehingga RM3,000 sebulan.

“Sekarang banyak syarikat ladang kelapa sawit terkemuka mengalami masalah tenaga kerja kerana kita tidak ingin lagi berharap kepada tenaga kerja asing.

“Kami berharap golongan muda yang tidak mempunyai pekerjaan mengambil peluang yang disediakan itu,” katanya.

Katanya, selain gaji agak lumayan, pekerja dalam bidang penuaian juga diberikan faedah lain termasuk tempat tinggal bagi kemudahan mereka.

Sumber Harian Metro 

Artikel lain: Gaji Penjawat Awam RM1,800 Sebulan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More