Sumber Rujukan Globalisasi Anda

38 Kawasan Terjejas Terima Bekalan Air

Bekalan Air Diberikan kepada 38 Kawasan

38

PETALING JAYA – Sebanyak 38 daripada 58 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual di Kuala Lumpur dan Gombak telah pulih sepenuhnya awal pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 66 peratus kawasan yang terjejas berikutan kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates telah pulih sehingga pukul 6 pagi tadi.

“Pengguna yang terjejas di Wilayah Gombak telah pulih sepenuhnya. Manakala, sejumlah 20 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur masih belum pulih,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 58 kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air sejak Selasa.

Gangguan air berlaku susulan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju.

Kerja-kerja itu bermula pukul 9 pagi dan bekalan air dijadualkan pulih sepenuhnya pada Jumaat.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Usahawan Graduan TVET 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More