Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Cara Mengatasi Air Ketuban Kurang Risiko Bayi Meninggal

Air ketuban kurang yang berlaku pada enam bulan pertama kehamilan, ia akan meningkatkan risiko kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pramatang (bersalin awal) atau bayi meninggal dalam kandungan.

Memahami istilah air ketuban terlebih dahulu, iaitu merupakan cairan yang melingkupi bayi di dalam kandungan selama kehamilan. Fungsi air ketuban sendiri adalah melindungi janin dari cedera, infeksi, sekaligus memberikan ruang bagi janin untuk tumbuh dan berkembang dengan baik.

air ketuban kurang
5 Cara Mengatasi Air Ketuban Kurang Risiko Bayi Meninggal 4

Begitu juga dari Dr Zubaidi Ahmad menerusi laman facebook miliknya yang menjelaskan maksud air ketuban atau air tuban sebenarnya adalah cecair yang berada dalam kantung bayi bagi melindungi bayi dari gegaran. Menurut beliau juga, air ketuban ini mula dikesan ketika bayi (pada masa itu dinamakan janin) berusia kira-kira dua minggu selepas disenyawakan. Ia berasal dari cecair dari ibu yang menghamilkan janin ini.

Isi Kandungan

Fungsi air ketuban

Terdapat banyak fungsi air ketuban, antaranya ketika dalam kandungan, antaranya adalah;

  1. Melindungi janin dari hentakan dan tekanan luar.
  2. Memberi ruang bergerak untuk bayi
  3. Mencegah jangkitan pada janin/bayi.
  4. Menyokong perkembangan paru-paru.
  5. Menyokong perkembangan otot dan tulang.

Tanda air ketuban kurang

Antara istilah perubatan mengenai kondisi air ketuban ini adalah seperti berikut. Air ketuban/mentuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air ketuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung tiada air ketuban dipanggil sebagai anhydramnios

Air ketuban ni datangnya dari air kencing baby, dan dari placenta (uri) dan sedikit komponenya datang dari kulit bayi sendiri. Air ketuban/mentuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air mentuban ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air mentuban sendiri dan dia sendiri minum air itu.

Jadi bagi membincangkan secara lebih lanjut mengapa air ketuban menjadi kurang dan sebab serta risikonya terhadap bayi, kita ketahui terlebih dahulu isitlah air ketuban kurang ini dalam bahasa perubatan, iaitu oligohydramnios. Oligohidramnios ini tidak boleh dibuat main atau dianggap tidak serius, kerana ia boleh mengakibatkan kematian pada bayi.

Tanda

Ibu hamil juga perlu tahu ciri-ciri air ketuban kurang agar dapat mengenalpasti sendiri dan kemudiannya merujuk kepada doktor. Ciri air ketuban kurang adalah seperti berikut;

  • Ada cairan keluar dari vagina
  • Rahim tidak bertambah besar sesuai dengan perkiraan
  • Gerakan bayi berkurang
  • Berat badan ibu tidak bertambah seiring dengan usia kehamilan
  • Denyut jantung bayi tiba-tiba perlahan
5 Cara Mengatasi Air Ketuban Kurang Risiko Bayi Meninggal 1
5 Cara Mengatasi Air Ketuban Kurang Risiko Bayi Meninggal 5

Cara mengatasi air ketuban kurang

Menurut laman Hello Doktor, ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menambah air ketuban yang kurang. Antara rawatan dan tip adalah seperti berikut.

  • Minum air secukupnya. Kajian menunjukkan pengambilan air yang cukup boleh membantu meningkatkan air ketuban bagi wanita yang berada dalam 37-41 minggu kehamilan.
  • Rehat secukupnya. Mungkin kedengaran klise, namun rehat yang cukup boleh membantu melancarkan pengaliran darah melalui plasenta seterusnya meningkatkan isipadu air ketuban ibu.
  • Rawatan transfusi IV. Jika anda mengalami masalah dehidrasi (disebabkan selalu muntah dan sebagainya), doktor akan mempreskripsikan rawatan transfusi IV. Ia bagi mempercepatkan proses hidrasi sekali gus meningkatkan jumlah air ketuban.
  • Suntikan air masuk ke dalam kandungan melalui amniosentesis. Prosedur tersebut bukan sahaja boleh menarik air keluar untuk analisis tapi juga digunakan bagi menambah jumlah air ketuban sebelum bersalin. Ini mengurangkan risiko anda bersalin czer.
  • Amnioinfusi merupakan prosedur yang boleh meningkatkan jumlah air ketuban. Doktor akan menggunakan air garam ke dalam selaput air ketuban anda. Prosedur ini boleh dipreskripsikan bagi meningkatkan penampakan bayi semasa pemeriksaan ultra bunyi atau jika kadar degupan jantung bayi tidak normal sebelum bersalin.

Penutup

Untuk makluman, bacaan air ketuban yang normal adalah seperti berikut:

  • 60 ml masa kandungan berusia 12 minggu
  • 175 ml pada usia kehamilan 16 minggu
  • 400–1.200 ml pada minggu 34–38
  • 600 ml pada usia kehamilan 40 minggu
air ketuban kurang
5 Cara Mengatasi Air Ketuban Kurang Risiko Bayi Meninggal 6

Jadi, kita didapati kurang dari paras bacaan ini, itu bermakna air ketuban kurang. Justeru, macam mana ibu hamil nak pastikan? Pastikan dapatkan rawatan di hospital dan klinik jika terdapat tanda di atas. Atau ibu hamil juga perlu pastikan pemeriksaan setiap bulan itu berlaku agar senang dapat berhubung dengan pegawai kesihatan atas apa-apa masalah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More