Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Contoh Tablet Terbaik bawah RM1500 2021

5 Contoh Tablet Terbaik bawah RM1500 sudah semestinya dicari oleh para ibubapa kuhususnya untuk membuat kerja dan PDPR pada masa sekarang. Semua orang menginginkan tablet yang berkualiti dengan harga mampu milik.

Pada arus modenisasi ini,penggunaan tablet semakin mendapat tempat tidak kira peringkat umur,lebih-lebih lagi sejak pandemik Covid-19. Demi meneruskan kelansungan kerja teknologi menjadi penyambung kepada permasalahan ini.Semua orang menginginkan tablet yang berkualiti dengan harga mampu milik.Di sini kami menyenaraikan 5 contoh tablet terbaik bawah RM1500.

Pilihan Tablet Murah Dan Berkualiti 

SAMSUNG GALAXY TAB A6

5 Contoh Tablet Terbaik bawah RM1500

Harga anggaran: RM 700-1000

Salah satu kebanggaan dari jenama samsung yang dilancarkan pada tahun 2015 yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan golongan pekerjaan.

Ciri-ciri penting:

  • Saiz: 7.0″ (177.7mm)
  • CMOS 5.0 MP Main Camera– Resolution
  • Kapasiti bateri: 4000mAh
  • Kelajuan: 1.5GHz
  • Memory size:  1.5 GB RAM , 8 GB ROM

Samsung Galaxy Tab S6

5 Contoh Tablet Terbaik bawah RM1500

Harga anggaran:RM1350-1450

Antara model dari Samsung yang dilancarkan 2018.Samsung sentiasa memperbaharui system android mereka bagi memastikan kelajuan dan kualiti mereka dapat dicapai dengan baik.

Ciri-ciri penting:

  • Saiz : 10,4´´ (26,31 cm) Multi-Touch WUXGA
  • Ketahanan bateri: 13 jam
  • Kelajuan: Wi-Fi (802.11), Bluetooth 5.0, GPS, ANT+
  • Memory size:  4 GB RAM , 64 GB (internal memory)

The Huawei MatePad Pro

5 Contoh Tablet Terbaik bawah RM1500

Harga anggaran: RM 1400-1500

Salah satu jenama yang dipercayai sejak belakangan ini.Matepad dari Huawei ini dilancarkan pada tahun 2019. Penggunaan jenama Huawei dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat disebabkan mereka tampil dengan ciri-ciri yang canggih.

Ciri-ciri penting:

  • Saiz :  10.8 Inci
  • Memory size:  8 GB RAM , 256 GB ROM
  • Kapasiti bateri: 7250 mAh

HUAWEI MatePad 10s

5 Contoh Tablet Terbaik bawah RM1500

Harga anggaran: RM 1350-1500

Model tablet terbaru dari Huawei. Ianya telah dilancarkan pada tahun 2020.Seperti Samsung, Huawei juga meningkatkan kualiti dari semasa demi memenuhi selera pengguna.

Ciri-ciri penting:

  • Saiz :  9.7´´
  • Ketahanan bateri: 13 jam
  • Kelajuan: 6,0 tech
  • Memory size:  2/16 GB RAM , 2/32 GB 

Lenovo Tab M10 FHD Plus (2nd Gen)

Harga anggaran: RM 1000-1100

Lenovo merupakan jenama yang tidak asing pagi penggemar komputer riba.Jenama baru  juga banyak mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan salah satu kebanggan mereka adalah Lenovo tab M10 yang dilancarkan pada tahun 2020.

Ciri-ciri penting:

  • Saiz :  10.3´´
  • Kapasiti bateri: 5000 mAh
  • Kelajuan: 2.4GHz, 5GHz
  • Memory size:  32 GB  

Pelbagai jenama dan model yang berkualiti mampu kita miliki sebenarnya.Tinggal lagi kita yang harus bijak memilih. Jenama-jenama yang berkualiti seperti samsung, Huawei mengeluarkan model yang masih mengekalkan kualiti tersendiri kerana sedar akan hakikat tidak semua mampu membeli dengab harga yang mahal. Oleh itu, sama-samalah kita menjadi pengguna bijak.

Fungsi-Fungsi Penting Dalam Pemilihan Tablet

Sebelum membeli tablet pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu mengenai jenama yang anda inginkan.Kenalpasti fungsi, tujuan dan kemampuan produk tersebut dalam memenuhi tuntutan kerja seharian anda.Kebiasaannya hal utama yang dilihat dalam sesebuat tablet adalah seperti berikut :

  • Ketahanan bateri
  • Kapasiti memory yang disimpan
  • Kelajuan dari segi Ram,Wifi dan Bluetooh
  • Kualiti kamera.
  • Tahan lasak.
  • Dapat memuat turun aplikasi yang diperlukan tanpa melambatkan sistem tablet.

    Tips Dan Cara Memilih Gadget

    Disini kami kongsikan cara-cara dan tips untuk memilih gadget. Sila download pdf dibawah secara PERCUMA.

    Link : cara cara memilih gadget

    Semoga perkongsian ini memberi menfaat dan tips berguna sebelum kita membuat pilihan anda.

Kehendak VS Keperluan

Jika dahulu kala,sekiranya anak-anak meminta dibelikan telefon bimbit,tablet atau komputer riba,ibu bapa berat hati untuk membelikan nya kerana bimbang meraka leka dan alpha dengan permainan di dalamnya,tetapi pada zaman kini gajet dilihat lebih dari keperluan dari kehendak.

Teknologi memudahkan pembelajaran mereka kerana membantu mereka mendapat maklumat dihujung jari.Sudah tentu bagi mereka yang masih muda memerlukan pemantaun dari ibu bapa kerana mereka dapat melayari pelbagai website.

Info Penting Bagi Pengguna Gadget

Berdasarkan analisis semasa, pemilik tablet di Malaysia semakin meningkat dapat dibuktikan dengan laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Pengguna internet di Malaysia meningkat dari 76.9 peratus pada 2016 menjadi 87.4 peratus pada 2018.  Anda juga boleh merujuk keratan akbar Metro disini.

Kini tablet bukan hanya kehendak semata-mata tetapi fungsi perhubungan yang dimiliki mampu menyenangkan pelbagai kerja.

Perbandingan Tablet Bawah RM1500 Dan Atas RM1500

               Bawah RM1500

                       Atas RM1500

  •  Contoh jenama:Kebiasaan Android, Samsung,Huawei,Lenovo
  • kapasiti kelajuan/kamera/saiz memori bergantung pada spesifikasi produk dan pilihan anda.
  • Sesuai kepada peringkat umur,pekerjaan dimana mereka boleh memilih mengikut kemampuan.
  •  Contoh jenama: Apple,Samsung
  • kapasiti kelajuan lebih tinggi
  • Kamera lebih fokus dan nyata
  • Ram yang besar
  • Sasaran pasaran kepada golongan yang berkemampuan dan mementingkan kecanggihan yang tinggi dalam kerja mereka.

Contoh Tablet Murah Yang Menjadi Pilihan.

Anda juga boleh menonton video dibawah untuk membantu anda untuk membuat pilihan tablet.

Adakah Anda Sanggup Berbelanja Lebih Demi Tablet?

Pepatah ada mengatakan ukur baju di badan sendiri.Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita yang suka membandingkan kecanggihan gajet yang mereka miliki.Pelbagai strategi pemasaran supaya kita membeli gajet yang mahal menarik minat semua golongan kaya,sederhana atau miskin.Disebabkan terpengaruh mereka sanggup berhutang keliling pinggang.Jika dahulu,gajet dianggap mahal dan hanya untuk golongan yang berkemampuan tetapi tidak lagi kini.

Banyak jenama mencipta model yang murah tetapi masih lagi berkualiti.Hal ini disebabkan banyak tuntutan semasa seperti:

  • Pembelajaran online
  • Mesyuarat secara online
  • mencari pekerjaan
  • mencari maklumat berkaitan pembelajaran dan pekerjaan
  • pekerjaan yang memerlukan pencarian pelanggan,pemasaran online
  • Melayari media sosial tanpa batasan

Apakah Pilihan Anda?

Memilih tablet yang berkualiti sangat penting kerana penggunaan teknologi yang sudah sebati dalam pekerjaan harian.Pelbagai jenama dan model yang berkualiti mampu dimiliki walaupun dengan harga yang rendah. Bagi yang tidak berkemampuan, anda bolehlah cuba untuk memohon Cara-Cara Membuat Permohonan Bantuan Telefon Percuma B40, Semoga membantu sedikit sebanyak kepada yang memelukan diluar sana.

Oleh itu kita haruslah bijak membuat pilihan yang terbaik berdasarkan kajian mengenai spesifikasi produk. Ingatlah pilihan di tangan anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More