Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Penjara Paling Menarik di Dunia

Penjara satu tempat yang paling tidak digemari oleh para penjenayah.  Dengan keadaan terkurung di kandang besi serba kekurangan tanpa mengetahui dunia luar.

Sudah semestinya mereka akan sedaya upaya mengelak dari terkurung di sini tetapi bagaimana pula jika penjara itu serba mewah dan selesa? Mungkin mereka akan rela untuk masuk ke penjara.

Dikongsikan 5 Penjara Paling Menarik di Dunia untuk tatapan anda semua.  Semestinya anda akan teruja melihatnya.

 

1. Penjara Halden, Norway

Sebuah penjara mewah di Norway yang menempatkan banduan ganas.  Persekitaran penjara ini diberikan jolokan “Penjara Paling Berprikemanusiaan di Dunia”.

Bilik penjara ini dilengkapi dengan semua fasiliti seperti sebuah bilik hotel,  selain itu terdapat fasiliti yang lain seperti tempat beriadah dan bilik rakaman.

 

2. Association For Protection and Assistance to Convicts (APAC), Brazil

Tidak seperti sebuah penjara biasa, ia lebih kepada sebuah pusat pemulihan.  Di sini banduan dibenarkan bebas kemana sahaja.

Tujuan utama bukan untuk memenjarakan banduan tetapi lebih untuk membantu mereka melalui sesi rehab.

Banduan di sini akan dibenarkan mengunjungi ahli keluarga selama 2 hingga 3 hari sebelum kembali semula ke penjara.

 

3. Penjara Aranjuez, Spain

Penjara ini dibina khas untuk banduan yang telah bekeluarga.  Ia dibina supaya banduan yang mempunyai anak masih boleh berhubung dengan anak mereka.

Banduan akan menerima bilik yang dihias dengan perhiasan dan perabot untuk kanak kanak. Anak-anak mereka bebas untuk kemana-mana kecuali pada waktu malam.

Apabila anak mereka berumur 3 tahun, banduan tersebut akan dipindahkan ke penjara yang biasa.  Namun begitu ada banduan yang sengaja mengandung ketika dipenjarakan, semata- mata mahu ditempatkan di sana.

 

4. Penjara Baston, Norway

Mendapat gelaran sebagai “Penjara Paling Cantik di Dunia”.

Banduan di sini tidak tinggal di dalam bilik penjara tetapi seperti tinggal di dalam rumah.  Mereka mempunyai bilik sendiri,  berkongsi dapur dan ruang tamu yang sama.  Apa yang lebih menarik setiap banduan akan menerima duit elaun sebanyak $90 sebulan, selain dibenarkan bekerja untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Mereka hanya diberikan makan satu kali sehari.  Selebihnya mereka memasak atau membeli makanan sendiri pada setiap hari.  Hanya 5 orang pegawai penjara yang ditugaskan bagi menjaga banduan yang terdiri daripada perompak, pembunuh, perogol dan lain-lain.

Statistik menunjukkan hanya 16 peratus sahaja banduan yang dilepaskan kembali ke penjara tersebut.  Ini satu peratusan yang rendah jika dibandingkan dengan negara Eropah yang lain dimana 70 peratus banduan akan kembali semula.

 

5. Penjara San Pedro, Bolivia

Terletak di daerah La Paz, Bovilia, dianggap sebagai “Penjara yang Paling Unik di Dunia”. Berbeza dengan penjara yang lain, penjara ini diuruskan sendiri oleh banduan.

Ia seperti sebuah kawasan perumahan yang besar, terdapat pelbagai fasiliti termasuk restoran, kedai dan kilang menghasilkan dadah.  Banduan juga  boleh membawa keluarga mereka tinggal di sini.

Banduan juga dipaksa untuk membayar yuran untuk berada di sana.  Bilik penjara pula dikategorikan kepada 3, 4 ataupun 5 bintang.  Banduan baru akan dikenakan bayaran untuk tinggal di dalam bilik penjara, bagi yang tidak mempunyai wang akan tidur di kaki lima ataupun di luar bangunan.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More