Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Printer Terbaik Dan Murah Di Malaysia

5 Printer Terbaik Dan Murah Di Malaysia. Penggunaan printer semakin hari semakin meluas, tambahan lagi di musim pandemik covid-19 yang memerlukan kita ‘work from home’. Ramai yang melakukan kerja-kerja di rumah dan sudah tentu perlu menggunakan printer untuk mencetak kertas kerja, dokumen ataupun assignment.

Golongan yang memerlukan printer adalah golongan  pelajar, guru dan pekerja yang melakukan kerja dari rumah (work from home).

Tidak perlu printer yang terlalu mahal bagi mencetak dokumen lainlah jika anda seorang pereka grafik yang memerlukan printer yang dapat memberikan hasil yang cantik.

Cukup sekadar dapat mencetak, tahan lama dan yang paling penting ink yang murah.

Isi Kandungan

MASIH KELIRU APAKAH  PRINTER YANG TERBAIK DAN MURAH BUAT ANDA?

Berikut adalah 5 printer terbaik dan murah pilihan kami yang  akan membantu anda menjalankan tugasan dengan lebih lancar.

5 PRINTER TERBAIK DAN MURAH DI MALAYSIA

1 – HP Deskjet Ink Advantage 2135 All-in-One Printer

Harga : RM299 -RM399

Image result for hp Deskjet ink Advantage 2135

Umumnya, printer berdakwat inkjet mempunyai kos yang agak tinggi. Namun, printer HP Deskjet Ink Advantage 2135 All-in-One ini merupakan salah satu daripada printer berdakwat inkjet yang mempunyai kos yang agak rendah tanpa merosakkan kualiti cetakan yang dihasilkan.

Printer all-in-one ini bermaksud hanya dengan membeli satu printer ini, anda akan memiliki sebuah printer yang mempunyai pelbagai fungsi, iaitu mencetak, mengimbas, dan menyalin. Bagi para pelajar yang sememangnya memerlukan ketiga-tiga fungsi tersebut untuk menyiapkan sesuatu tugasan, printer ini mempunyai daya tarikan yang tinggi. Rekaannya yang berbentuk minimalis dan kemas dapat memudahkan penyimpanannya.

Antara kelebihan printer ini adalah ia sangat mesra bajet. Lebih menarik lagi, dokumen dan gambar yang dihasilkannya berdefinisi tinggi. Harganya yang mampu milik dan cetakan yang berkualiti menjadikan printer ini salah satu printer yang sangat sesuai untuk dimiliki oleh para pelajar.

Namun, jika printer ini kehabisan dakwat, kos untuk membeli katrij dakwat baru agak mahal, dan ia juga tidak sesuai digunakan untuk mencetak dokumen yang terlalu banyak. Printer ini juga tidak mempunyai sokongan untuk telefon pintar.

2 – Canon Pixma 3-in-1 Inkjet Printer (E410)

Harga : RM300 – RM399

Image result for Canon Pixma 3-in-1 Inkjet Printer (E410)

Jenama Canon memang tidak asing lagi dalam dunia printer. Printer Canon E410 ini merupakan printer yang mempunyai fungi tiga dalam satu yang bukan sahaja dapat mencetak dokumen, malah ia juga mempunyai fungsi salinan dan pengimbasan. Ia boleh dimiliki dengan harga serendah RM 198. Kos untuk membeli katrij dakwat baru juga adalah rendah. Dengan fungsi yang ada pada printer ini, harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan dan ia sememangnya tidak melebihi bajet anda sebagai seorang pelajar.

Printer ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan compact. Ini bermaksud ia tidak memerlukan ruang yang luas untuk disimpan, jadi anda boleh meletakkan ia di mana-mana sahaja di dalam rumah. Printer ini juga mempunyai mod senyap yang bermaksud bunyi yang dihasilkan semasa printer sedang digunakan adalah pada kadar minimum. Ini membolehkan anda menggunakannya pada waktu malam tanpa berasa risau bunyinya akan mengganggu ahli keluarga atau rakan-rakan sebilik yang sedang tidur.

Antara kelemahan printer ini ialah ia tidak mempunyai sokongan wireless, dan ia tidak sesuai digunakan untuk mencetak dokumen yang banyak secara sekaligus. Namun, fungsi-fungsi lain yang ada padanya membuatkan kekurangan ini tidak begitu ketara.

3 – Paperang P2 Bluetooth Mini Photo Printer

Harga : RM125 – RM150

Image result for Paperang P2 Bluetooth Mini Photo Printer

Paperang P2 Bluetooth Mini Photo Printer ini merupakan printer mini mudah alih dari China. Printer mini yang menggunakan teknologi thermal printing ini menggunakan bateri built in lithium-ion yang mempunyai anggaran ketahanan untuk jangka masa yang lama iaitu selama hampir 24 jam. Ia boleh didapati dengan harga permulaan serendah RM 219.

Printer yang ringan dan kecil ini mempunyai sokongan bluetooth dan ia juga boleh digunakan untuk membuat cetakan terus dari telefon pintar anda. Dengan adanya sokongan ini, kini anda boleh mencetak gambar-gambar yang anda inginkan dengan serta-merta.

Saiz printer yang kecil ini memudahkan ia untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Gambar dan tulisan yang dihasilkannya sangat berkualiti. Namun, printer ini hanya boleh menghasilkan warna hitam dan putih sahaja. Bagi mereka yang tidak meminati hasil gambar berwarna monokrom, anda tidak disarankan untuk mendapatkan printer ini.

Printer kecil mudah alih ini boleh digunakan menggunakan telefon pintar dengan cara memuat turun aplikasi Paperang yang disediakan untuk pengguna Android dan IOS. Namun, aplikasi ini tidak dapat digunakan oleh pengguna Huawei kerana tiada sokongan yang disediakan untuk jenama telefon pintar tersebut.

4 – Canon E510 AIO Inkjet Printer

Harga : RM380 – RM490

Image result for Canon E510 AIO Inkjet Printer

Jika anda seorang pelajar, tidak dinafikan lagi bahawa jumlah tugasan yang perlu disalin dan dicetak adalah sangat banyak bagi setiap subjek yang dipelajari. Salah satu cara untuk anda menjimatkan wang yang dibelanjakan adalah dengan cara membeli printer yang mempunyai fungsi yang menjimatkan dakwat dan juga mampu membuat cetakan dan salinan dengan banyak.

Antara printer terbaik untuk menjimatkan wang dan dakwat ialah Printer Canon E510 AIO Inkjet kerana ia mempunyai fungsi semua dalam satu yang membolehkan anda menggunakan fungsi mencetak, mengimbas dan membuat salinan tanpa memerlukan mesin yang berbeza. Printer ini boleh dimiliki dengan harga serendah RM 269.

Antara kelebihan printer ini adalah ia mampu menghasilkan cetakan berwarna yang berkualiti tinggi. Ia juga dapat mengimbas dan menyalin sesuatu dokumen dengan pantas dan sempurna. Rekaannya yang kemas dan menarik di samping kos yang rendah untuk membeli katrij dakwat menambahkan lagi daya tarikannya. Ia merupakan salah satu daripada printer mampu milik yang berbaloi untuk dimiliki oleh para pelajar.

Namun, kelemahan utama printer ini adalah ia tidak mempunyai sokongan bluetooth dan wifi. Bagi mereka yang menginginkan printer yang mempunyai fungsi tersebut, kami mempunyai cadangan printer yang lain untuk anda.

5 – Canon Pixma TS307 Wifi Single Function Color Inkjet Printer

Harga : RM400 – RM450

Image result for Canon Pixma TS307 Wifi

Walaupun bukan suatu keperluan, tidak dapat dinafikan bahawa adanya printer yang mempunyai sokongan bluetooth dan wifi akan sangat membantu memudahkan kerja sesiapapun. Hal ini kerana dengan adanya sokongan bluetooth dan wifi, anda tidak perlu risau tentang wayar yang berbelit atau kekurangan port usb yang perlu digunakan.

Printer Canon Pixma TS307 Wifi Single Function Color Inkjet ini merupakan printer satu fungsi dengan sokongan bluetooth dan wifi yang membolehkan anda mencetak dokumen, gambar atau apa-apa sahaja menggunakan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di telefon pintar anda. Printer ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar mencetak gambar dan sticker dari smartphone masing-masing. Reka bentuk printer ini juga ringan dan padat bagi menjimatkan ruang penyimpanan.

Antara kelemahan printer ini ialah kos katrij dakwatnya yang agak tinggi untuk ditanggung oleh pelajar. Ia juga tidak menyokong duplex printing secara automatik. Ini bermaksud, bagi setiap helaian dokumen yang dicetak di bahagian halaman depan dan belakang kertas, kertas itu perlu dibalikkan secara manual dan ini akan melambatkan proses cetakan terutamanya jika anda perlu mencetak dokumen yang banyak.

Untuk lebih banyak info mengenai printer sila layari website ini.

PENUTUP

Akhir kata, moga perkongsian kami mengenai 5 Printer Terbaik Dan Murah Di Malaysia dapat memberi manfaat buat anda semua dan membantu anda untuk memilih printer terbaik. Untuk maklumat anda, harga yang ditunjukkan adalah harga rujukan dan boleh berubah bergantung kepada diskaun dan promosi yang diberikan. Terima Kasih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More