Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Tempat Menarik Di Perak

5 Tempat Menarik Di Perak semestinya membuat ramai yang tertanya-tanya. Apa yang ada di Perak? Apa daya tarikan utamanya? Setiap negeri di malaysia mempunyai simbol masing-masing sebagai contoh Kuala Lumpur terkenal dengan bangunan pencakar langit, Terengganu sebagai negeri yang mempunyai keindahan pantai, Melaka dengan khazanah sejarahnya dan pelbagai lagi, Tetapi bagaimana pula dengan Perak?

Perak juga tidak kurangnya menariknya. Banyak juga tempat bersejarah dan juga khazanah yang terdapat disini. Perak mendapat nama sempena terdapat banyak bahan timah berwarna perak yang terdapat disini. Dek kerana kaya dengan bahan galian timah, Perak menjadi rebutan kuasa British seketika dahulu info lanjut disini. Disamping banyak tempat bersejarah, disini banyak juga daya tarikan lain seperti tempat makan dan resort. Disini kami kongsikan 5 Tempat Menarik Di Perak.

Isi Kandungan

5 Tempat Menarik Di Perak

 Restoran Saffani

5 Tempat Menarik Di Perak 1

Menu Ikan Bakar semestinya menjadi kegemaran ramai orang. Restoran ikan bakar sentiasa menjadi pusat tumpuan kerana disini terdapat pelbagai spesis ikan yang jarang dijumpai. Pelbagai saiz seperti tilapia, siakap, kakap dan bawal dan ditambah dengan sos  air asam ikan bakar yang menyelerakan. Sos air asam ini sukar untuk jumpa yang benar-benar sedap yang cukup rasa pedas, manis, masamnya dan lemak manisnya. Anda jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini .Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan tempat ini terletak di ipoh Perak. Selain itu terdapat juga makanan-makanan laut yang lain seperti udang, sotong dan banyak lagi. Lagi seronok datang pada malam hujung minggu kerana banyak pilihan sambil mengambil udara malam.

Night Safari Zoo Taiping

5 Tempat Menarik Di Perak 2

Zoo yang menjadi kebanggaan di negeri Perak yang berkeluasan 30 ekar ini diiktiraf sebagai salah satu zoo terbaik di Malaysia. Zoo ini mempunyai lebih 1300 haiwan di dalamnya dengan pelbagai spesis. Walaupon dinamakan sebagai Night Safari tidak bermakna ia dibuka hanya pada waktu malam. Sama seperti zoo lain juga waktu operasinya dari 8.30 pagi -11.00 malam. Haiwan  yang ada disini diberi tempat yang sesuai dengan habitat mereka. Apa yang menarik tentang zoo ini anda boleh melihat pelbagai spesis monyet ,haiwan mamalia,reptiia sambil memberi makan. Jika penat berjalan jangan risau,disini disediakan tren untuk pergi ke tempat haiwan seperti yang anda inginkan. Harga tiket ialah RM16 Dewasa dan RM 8 untuk Kanak-kanak.

Lost World Of Tambun Theme Park

5 Tempat Menarik Di Perak 3

Di Perak semestinya yang paling popular dan semestinya taman tema air. Kebanyakan pelancong yang pergi ke sana mesti “check-in” taman tema ini. Ianya sangat sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke sini. Ibu bapa tidak perlu risau kerana disIni terdapat pelbagai paras air yang sesuai untuk peringkat umur. Disini juga dimeriahi dengan pelbagai mainan gelonsor air yang bertemakan flora dan fauna. Apa yang lebih menarik disini terdapat permainan yang seperti di amusement park seperti Pirates swing dan banyak lagi. Tempat ini di kategorikan antara hot spot jika berkinjung ke Perak. Bagi yang berminat ke sini anda di kenakan bayaran kurang dari RM 100 untuk dewasa dan kanak-kanak. Jika anda menempah awal melalui online kemungkinan anda akan mendapat diskaun harga. Apa lagi? Jom ke sini.

21 Grilled

5 Tempat Menarik Di Perak 4

Bagi penggemar Burger bolehlah datang ke sini. Berbeza dengan jenama burger lain di luar sana, saiz yang ditawarkan sangat besar hingga boleh makan untuk 3 orang, berlokasi di Taman Cempaka Ipoh tempat ini menjadi tumpuan pelanggan yang gemarkan perbezaan burger dari tempat lain. Burger yang dibuat dengan dagingnya disaluti dengan sos yang self- made ditambah sayur-sayur segar dan roti yang lembut. Bukan hanya burger terdapat disini tetapi ada juga kambing bakar dan nasi ayam briyani. Disini juga terdapat pelbagai air yang sedap seperti smoothies chocolate , boba sugar pearl caramel milk, dan banyak lagi. Walaupun tampil dengan menu yang mewah dan mahal namun harga minuman disini boleh didapati bermula dengan RM 10 manakala harga burger bermula dengan serendah RM 12 Ringgit. Sesudah bermain di Lost World Tambun bolehlah singgah disini pula.

Belum Rainforest Resort

5 Tempat Menarik Di Perak 5

Disini kami kongsikan juga sebuah kawasan yang mampu memberi ketenangan kepada anda. Selepas penat bekerja dan kesibukan tidak tentu masa semestinya anda mahu menenangkan diri anda dengan melihat flora dan fauna ini. Disamping anda berehat-rehat di balkoni bilik anda bolehlah anda melihat pemandangan bukit bukau dan juga taman yang indah. Disini juga berdekatan dengan tasik Banding bolehlah anda tempah boat dan menikmati udara disana. Anda juga boleh mengambil peluang ini untuk  mendaki bukit- bukau disini dan boleh mengambil gambar.Lagi seronok sekiranya anda datang ke sini secara berkumpulan untuk melakukan pelbagai aktiviti. Harga yang ditawarkan untuk menginap di resort ini bergantung kepada jenis bilik, keluasan yang anda pilih.

Keindahan Alam Di Perak

Keindahan yang terdapat di Perak tidak kurang menariknya di semenanjung Malaysia ini. Walapun Terengganu sering dianggap mempunyai Pulau dan pantai yang cantik namun Perak juga tidak kurang menariknya. Jika ingin disenaraikan terlalu banyak dan kita akan lihat antara yang sering diperkatakan.

Lokasi Semula Jadi Yang Menarik Di Perak

Kebanyakan penduduk di selangor dan KL akan berkunjung ke tempat menarik di Perak kerana ianya lebih dekat. Antara Lokasi semula jadi Yang boleh anda kunjungi di Perak ialah:

  • Pulau Pangkor
  • Sungai Klah Hotspring
  • Teluk Senangin
  • Pantai Teluk Batik
  • Tasik Cermin Gunung Rapat

Tips: Jika anda mempunyai lebih masa  untuk bercuti di Pantai Timur bolehlah anda tinjau lokasi menarik di Terengganu.ini. Di sana juga ada banyak pulau yang indah semestinya menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Lagi 20 Tempat Menarik di Perak

Disini kami kongsikan video mengenai tempat menarik di Perak yang boleh anda kunjungi nanti.

Apa Yang Anda Ingin Rasai Di Perak?

Perak tidak dinafikan mempunyai tiga tarikan menarik yang berbeza yang menjadi kesukaan ramai orang dalam memilih tempat melancong. Pertama, Perak kaya dengan lokasi tempat makan yang menarik tidak kira dari segi makan barat, timur tengah dan juga masakan melayu. Anda boleh jumpa burger yang pelbagai saiz yang unik, nasi arab yang sedap dan juga banyak lokasi ikan bakar dan laksa. Selain itu, keindahan alam yang dimiliki juga setanding denagn negeri di pantai timur seperti Pulau Pangkor, kawasan lata dan juga sungai yang cantik. Yang terakhir lokasi sejarahnya. Negara bekas peninggalan British ini mempunyai tinggalan yang unik dan bangunan nya masih utuh hingga ke hari ini seperti kellie’s castle, Sultan Azlan Shah Galeri, muzium arkeologi Lenggong dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini.

Sudahkan anda menjadikan Perak Sebagai Destinasi Melancong Anda?

Perak semestinya kaya dengan pelbagai tarikan pelancong. Masyarakat yang tinggal di ibu kota semestinya mencari lokasi yang berhampiran untuk bercuti. Diharap 5 Tempat Menarik Di Perak yang kami kongsikan mampu mambantu anda membuat pilihan khususnya yang sedang mengira-ngira untuk bercuti dimana. Apapun pilihan anda merancanglah mengikut kemahuan dan kemampuan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More