Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Tempat Menarik Di Selangor

5 Tempat Menarik Di Selangor sudah pasti di cari oleh semua orang. Selangor adalah negeri yang memiliki kepadatan yang sangat tinggi di Malaysia. Manakan tidak, Selangor adalah negeri yang mempunyai banyak peluang pekerjaan dan juga mempunyai kestabilan ekonomi info lanjut disini. Justeru tidak hairan Selangor mempunyai individu yang berbilang negeri, kaum dan bangsa.

Disebabkan sering terdedah dengan kesibukan bekerja, ramai yang ingin mencari destinasi melancong yang berdekatan yang boleh dikunjungi pada hujung minggu. Bagi yang bosan bersendirian di rumah sewa akan mengambil peluang ini untuk bersia-siar bersama rakan-rakan. Mungkin jika anda yang tinggal disana tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman, bolehlah tinjau 5 Tempat Menarik Di Selangor  yang disenaraikan ini.Semoga membantu anda dalam membuat pilihan.

Isi Kandungan

5 Tempat Menarik Di Selangor

Ostrich Wonderland Semenyih

5 Tempat Menarik Di Selangor 1

Pasti ramai yang tidak tahu bukan? terdapat satu kawasan penjagaan burung Unta di Semenyih. Semenyih sudah terkenal sebagai kawasan yang jauh dari kepesatan bandar dan mengekalkan ciri-ciri seperti sebuah kampung. Apabila berkunjung ke sini, anda dapat membayangkan diri anda berada di sebuah rumah kampung yang mempunyai halaman yang dipenuhi haiwan peliharaan seperti itik, ayam belanda, arnab dan  juga burung-burung.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti bersiar-siar di ladang ini, memberi makan dan juga boleh juga bergambar. Yang paling menarik disini, anda juga boleh menunggang burung unta ini. Ini kesempatan yang jarang ditawarkan oleh sesebuah tempat pelancongan. Tempat ini direka untuk memastikan semua orang boleh menikmati suasana yang tenang dan jauh dari stress. Untuk menikmati suasana ini, bagi dewasa anda dikenakan bayaran RM15 dan RM 10 untuk kanak-kanak.

Setia City Mall

5 Tempat Menarik Di Selangor 2

Sesuai dengan imej sebagai negeri maju, Selangor mempunyai banyak Mall yang mewah dan cantik seperti, i-City Mall , Sunway Pyramid , Aeon Mall dan banyak lagi. Apa yang boleh dibanggakan, Setia Alam city mall ini antara mall yang terbesar di Negara dan mempunyai sekitar 240 lot kedai didalamnya. Mall ini menjadi tarikan buat anak remaja kerana banyak pusat hiburan, tempat melepak  dan permainan didalamnya.

Buat Golongan dewasa pula mall ini serba lengkap untuk membeli makanan, pakaian, permainan dan juga alat tulis. Antara kedai yang berjenama tinggi disini adalah sembonia, Daiso, Parkson, Jaya Grocer, Brands Outlet dan banyak lagi. Di tingkat paling atas, anda dapat menikmati pemandangan luar dari dalam seperti taman, perhiasan-perhiasan yang cantik. Sesiapa yang suka bergambar bolehlah datang ke sini.

Pantai Morib

5 Tempat Menarik Di Selangor 3

Sementara menunggu cuti panjang baru boleh lihat keindahan pantai di terengganu, boleh lah singgah di pantai ini. Pantai Morib ini mempunyai sejarah unik tersendiri apabila tentera india mendarat disini dalam usaha membebaskan tanah malaya dari jepun pada 1945 info lanjut disini. Seperti aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan di Pantai anda boleh berkelah, main layang-layang, gasing disini sambil menikmati angin pantai.

Pantai ini sangat terkenal di selangor dan dimeriahi dengan pengunjung pada hujung minggu. Pantai ini juga memilik fasiliti yang lengkap seperti gazebo, tandas, bilik mandi, surau dan juga ada gerai – gerai yang menjual. Menarik bukan? apalagi jom berkunjung ke sini.

Skytrex Shah Alam

5 Tempat Menarik Di Selangor 4

Tempat ini banyak menarik golongan remaja untuk berkunjung ke sini. Manakan tidak, pada peringkat umur sedemikianlah mereka suka mencabar diri dan mempunyai stamina yang tinggi. Jarang ada ditempat lain, tempat ini menawarkan sukan yang extreme seperti climbing, flying fox, cable walk, spider web dan banyak lagi.

Bayaran yang dikenakan bergantung kepada 3 peringkat yang dipilih iaitu little, big thrill dan extreme challenge, tetapi jangan risau bayarannya kurang dari RM 70 Ringgit. Tidak salah sekiranya ingin mencuba bukan? menghadapi cabaran sebegini semestinya menaikkan keyakinan anda bukan?Selamat mencuba.

Wet World Water Park Shah Alam

5 Tempat Menarik Di Selangor 5

Antara 5 Tempat Menarik Di Selangor ialah Wet World Water Park Shah Alam. Sesuai untuk para ibu bapa yang ingin anak-anak menikmati hujung minggu dengan aktiviti yang menyeronokkan. Manakan tidak seronok, banyak tarikan yang ditawarkan seperti Insane Racer, Kids Adventure, Magic Funnel, Island of treasure, Pirates Bay, Monsoon Buster dan lain-lain lagi.

Dengan hanya bayaran kurang RM 40 Ringgit untuk Dewasa dan kanak-kanak, harga ini amat berbaloi kerana anda dapat bermain disana tanpa had masa sepanjang tempoh operasi. Bagi yang ingin berada lama disana, jangan risau kerana tempat ini mempunyai fasiliti yang cukup lengkap seperti  loker elektronik, tandas, surau, bilik persalinan, kaunter dan banyak lagi.

Selangor Syurga Taman Tema Air

Selangor sangat terkenal mempunyai taman tema yang besar dan permainan yang menarik. Anak-anak sangat suka jika dibawa kesini. Jarang ada ditempat lain, Selangor menawarkan perkhidmatan terbaik dari segi fasiliti, keselamatan dan juga khidmat pelayan.

Pilihan Taman Tema Air Di Selangor

Keunikan Di selangor yang tidak terdapat di tempat lain ialah taman tema airnya. Banyak tarikan permainan ditawarkan disana. Antara pilihan Taman Tema Air Di Selangor ialah:

  • Bangi Wonderland
  • Sunway Lagoon
  • Templer Park

Tips: Kolam yang ada disini sesuai untuk pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hingga ke warga Emas. Jadi anda santai-santai saja apabila bermain disini.

 

Ingin lihat banyak lagi tempat menarik di Selangor boleh tonton video ini semoga memberi inspirasi kepada anda.

Aktiviti Extreme Atau Santai Mana Satu Yang Anda Suka?

Selangor mempunyai daya tarikan dari segi destinasi untuk melakukan aktiviti extreme seperti jungle Trekking, flying fox jika anda berkunjung ke skytrex Shah Alam , manakala untuk mendaki gunung boleh berkunjung ke batu caves , kalau ingin merasai climbing indoor anda boleh menuju ke Camp 5 Indoor Climbing Gym. Malah anda juga dapat merasa menaiki paragliding sekiranya menuju ke Bukit Jugra. Selain itu, sekiranya anda lebih memilih untuk bercuti secara santai banyak tempat yang ditawarkan seperti taman botani untuk melihat flora dan fauna, mandi-manda dan berkelah di airterjun Lepuh. Seperti biasa, anda haruslah mengikut selera anda yang mana lebih anda suka dan ingin cuba.

Sudahkah Anda Jatuh Hati Dengan Selangor?

Ramai yang menganggap Selangor hanya terkenal dengan kesibukan ibu kota. Namun, manusia sentiasa kreatif dalam mereka cipta tempat-tempat yang mampu menarik pengunjung dan membantu menghilangkan tekanan bekerja. Alang-alang jika anda berada di Selangor jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi destinasi ini apabila keadaan sudah pulih nanti. Semoga perkongsian 5 Tempat Menarik Di Selangor dapat membantu anda membuat pilihan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More