Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Tips Cemerlang- Pelajar Terbaik SPM Kongsi Kejayaan

5 tips cemerlang yang kami nak kongsi hari ni adalah dari antara bekas pelajar cemerlang Malaysia, Hasniza Hassan suatu ketika dahulu yang mendapat 9A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5 tips pelajar cemerlang

Menurut perkongsiannya menerusi hantaran posting di laman sosial Hasniza Hassan, kejayaannya dalam SPM meskipun lebih 30 tahun yang lalu diharap mampu memberikan inspirasi pada anak-anak sekarang. Kunci utamanya selain 5 tips cemerlang adalah reda ibu dan guru itu penting dalam membentuk jiwa yang cemerlang.

Tiada yang mustahil

Dibesarkan oleh emak sendirian kerana ayah meninggal dalam kemalangan sewaktu beliau 6 bulan dalam kandungan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diharungi. Namun, berbekal semangat tiada yang mustahil dan keinginan yang tinggi untuk buktikan kejayaan demi ibu tercinta, Hasniza tekad untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran terutama SPM hingga targetnya untuk capai A1 dalam kesemua subjek yang diambil (9 subjek) tercapai.

5 tips cemerlang

Menurutnya, usaha untuk berjaya dalam SPM itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kekuatan jiwa dan emosi kita kelak dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Sebelum mula belajar, beliau yang mesra disapa kak Has selalu minta dengan Allah agar didorongkan untuk mengulangkaji apa yang akan keluar dalam peperiksaan.

“Satu tabiat yang kak Has selalu amal dari dulu adalah doa secara spesifik apa yang diingini. Begitu juga dalam SPM pada ketika itu, memang sungguh-sungguh berdoa untuk mendapat keputusan A1 dalam 9 subjek yang diambiĺ.” Jelasnya.
5 tips cemerlang

Hasniza kongsi 5 tips cemerlang

Ini 5 tips cemerlang yang antara dilakukan oleh Hasniza sewaktu SPM dahulu:
  1. Buat rujukan dan latihan daripada pelbagai bahan.
  2. Rajin bertanya guru topik yang tidak jelas dan berbincang dengan kawan-kawan.
  3. Solat hajat hampir setiap malam sepanjang SPM berlangsung. Bagi kak Has, pergantungan kepada Allah kena kuat sebab hanya Dia yang dapat melapangkan hati untuk kita menjawab dengan lancar dan mudah.
  4. Doa, doa dan doa. Minta saja dengan Allah secara khusus apa yang dihajati. Dia Maha Pemberi. Nak masuk dewan exam, nak mula menjawab soalan, nak serahkan kertas jawapan, semuanya diiringi doa. Lepas habis exam pun doa lagi moga pemeriksa lembut hati nak bagi markah tinggi hihi.
  5. Masa jawab exam, fokus, tenangkan hati, baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan paling tepat. Jika soalan subjektif, tulis fakta-fakta penting supaya jawapan dapat dirangka dan dikembangkan dengan lebih teratur.

Penutup

Selain kongsi 5 tips cemerlang, Hasniza juga coretkan beberapa pesanan lain. Antaranya adalah:
  • Banyak benda dalam hidup ni kita boleh dan perlu usahakan tapi di atas semua tu kita kena letak 200% pergantungan kita kepada Allah.
  • Keupayaan kita sebagai manusia sangat terbatas. Sebab tu tawakkal kita perlu tinggi kepada yang Maha segala-galanya. Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia.
  • Sebelum mula belajar, kak Has selalu minta dengan Allah agar didorongkan untuk mengulang kaji apa yang akan keluar dalam peperiksaan.
  • Mommies semua jangan lupa bersedekah, solat sunat dan berdoa untuk anak ya.
Kak Has doakan semua anak-anak yang menduduki SPM akan dipermudahkan dan ditenangkan hati menjawab setiap soalan dengan tepat dan bernas serta dikurniakan kejayaan cemerlang yang diberkati.
Selain perkongsian 5 tips cemerlang dari Hasniza ini, anda juga boleh rujuk 7 Tips Belajar Cemerlang yang pernah kami kongsikan untuk jadikan inspirasi.

Semoga semua adik-adik yang sedang atau bakal menduduki peperiksaan diberi ketenangan, kemudahan serta kefahaman yang baik semasa menjawab hingga akhirnya beroleh keputusan yang cemerlang.

Mudah-mudahan.

**Hasniza Hassan kini merupakan Pengarah Eksekutif di syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang bertapak 40 tahun dalam industri iaitu Ana Edar Sdn Bhd.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More