Sumber Rujukan Globalisasi Anda

64046 kanak-kanak di Malaysia dijangkiti

KUALA LUMPUR – Seramai 64046 kanak-kanak di seluruh negara dijangkiti Covid-19 setakat 18 Mei 2021.

Jumlah kumulatif tersebut dikongsikan Kementerian Kesihatan Portal MyHealth menerusi Twitter rasminya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu sidang media mendedahkan sejumlah 23,739 pelajar di bawah usia 12 tahun dijangkiti Covid-19 tahun ini.

Dua doktor pakar juga antara lapan petugas kesihatan yang terkorban akibat Covid-19

Sebagai perbandingan, katanya, tahun lalu hanya 8,369 kes melibatkan kanak-kanak dilaporkan sepanjang tahun 2020.

Sehubungan itu, semua pejabat kesihatan daerah telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan saringan di sekolah.

64046 kanak-kanak di Malaysia dijangkiti 1
64046

Sementara sekolah telah diarahkan agar memastikan murid-murid dengan gejala Covid-19 seperti demam, batuk, dan sakit tekak tidak hadir ke sekolah.- Awani

Sumber Sinar Harian

Artikel Lain: Permohonan Skim Perantisan Nasional (SPN) KBS

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More