Sumber Rujukan Globalisasi Anda

8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch

Tips Pelaburan Saham ini adalah antara tips yang telah dikongsikan oleh jutawan terkenal Peter Lynch.

tips pelaburan saham

“Learn to Earn, Beating the Street, One Up on Wall Street”

Pernah dengar ketiga-tiga tajuk tersebut? Itu adalah tajuk-tajuk buku yang dihasilkan oleh Peter Lynch yang merupakan seorang pelabur saham terkenal dari Amerika Syarikat.

Peter Lynch juga amat disenangi ramai dengan sikapnya yang dermawan dan tidak jemu berkongsi ilmu. Beliau menguruskan syarikat pelaburan yang terkenal iaitu Fidelity Magellan bermula dari tahun 1977 lagi sehinggalah 1990.

Beliau berjaya kembangkan aset dana yang dilaburkan daripada USD20 juta kepada USD14 bilion, dengan memperolehi keuntungan purata sebanyak 29% setahun.

Peter Lynch selalu menghadiri seminar pelaburan dan berkongsi mengenai kejayaan beliau. Menurut salah satu artikel hasil Kaushal Majmudar, CFA, dalam salah satu seminar pelaburan di New York pada tahun 2005, Peter Lynch berkongsi 8 tips pelaburan saham yang penting untuk semua pelabur.

tips pelaburan saham

Isi Kandungan

8 Tips Pelaburan Saham Daripada Peter Lynch

1. Wajib Kenal Syarikat

Kenali syarikat yang ingin dibeli dengan lebih baik. Bukan sahaja syarikat, semua bisnesnya juga anda mesti ambil tahu.

2. Ada Hal Yang Tidak Berguna

Meramal ekonomi negara, dunia dan kadar faedah sebenarnya adalah tidak berguna. Jangan buang masa meramal.

3. Kenal Pasti Syarikat Yang Bagus

Kita ada banyak masa untuk mengenal pasti syarikat yang sangat bagus. Ketahui dan kenal pasti dengan teliti mana satu yang bagus untuk masa hadapan yang baik.

tips pelaburan saham

4. Berhati-hati

Kebanyakan pelaburan berbeza, yang nampak elok tak semestinya banyak untung. Elakkan terjebak dengan peluang pelaburan yang sentiasa menjanjikan keuntungan dan indah-indah belaka.

5. Pengurusan Syarikat

Pengurusan syarikat adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian. Kita kena pastikan pihak pengurusan syarikat memang berpengalaman dan mampu membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.

6. ‘Be Humble’

Selalulah merendah diri dalam setiap perkara sama ada ia besar atau kecil, hebat atau tidak. Jangan terlalu berbangga takut kelak akan memakan diri.

7. Fahami Sebaiknya

Belajarlah untuk memahami setiap perkara sebaiknya. Sebelum membeli saham juga, anda harus tahu kenapa anda perlu membelinya. Cuba jelaskan kenapa anda harus beli saham tersebut.

8. Fokus

8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch 1

Banyak perkara yang bakal membimbangkan kita, tetapi kita hanya perlu fokus pada 1 perkara sahaja iaitu fakta syarikat.

Peter Lynch mempunyai pendirian dan pendapatnya tersendiri iaitu memahami bisnes yang kita beli sebaik-baiknya. Beliau menyarankan untuk kita melukis di atas sekeping kertas dengan menggunakan krayon.

Dengan itu, kita dapat memahami gambaran dengan lebih jelas lagi. Jangan sesekali terganggu dengan khabar angin pasaran tetapi fokus kepada kualiti syarikat dan pelaburan untuk tempoh masa yang panjang.

Untuk anda yang sedang kerja makan gaji, teruskan bekerja dan belajar cara buat duit tambahan dengan menjadi seorang Swing Trader!

Sumber : Majalah Labur

Penutup

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan 8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch ini dapat memberi manfaat serta idea buat anda semua. Untuk lebih banyak informasi dan isu-isu semasa serta bahan-bahan pendidikan terkini dari semasa ke semasa sila layari website kami di https://www.tcer.my/ . Teruskan bersama kami.

Anda juga mungkin berminat dengan :

5 Sebab Kereta Terpakai Lebih Menarik Berbanding Kereta Baru

Permohonan Dan Semakan Kenyalang Gold Card

FAMA Dan Shopee Melancarkan Bouquet For Frontliners MAFI Prihatin

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More