Sumber Rujukan Globalisasi Anda

26 Contoh Karangan UPSR

10 Karangan UPSR ini disediakan sebagai contoh khususnya untuk calon UPSR dalam menulis karangan bagi menjawab soalan karangan bagi UPSR Bahasa Melayu dengan baik. Untuk itu, admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemilik bahan ini.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Isi Kandungan

26 Karangan UPSR

26 karangan UPSR Bahasa Melayu ini merangkumi 10 jenis karangan iaitu seperti berikut:

  1. Biografi
  2. Keperihalan
  3. Autobiografi
  4. Surat Kiriman Tidak Rasmi
  5. Laporan
  6. Perbincangan
  7. Laporan
  8. Ucapan
  9. Dialog
  10. Surat Kiriman Rasmi

26 Contoh Karangan UPSR Bahasa Melayu

Berikut merupakan pratonton 26 contoh karangan ini:

Contoh 1 :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Ibu Saya ”.

Ibu merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara kita sejak kecil. Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan mendengar cakap ibu. Janganlah kita menyakiti hati ibu.

Nama ibu saya ialah Jolin. Beliau berusia 55 tahun. Ibu saya seorang suri rumah tangga yang rajin dalam melakukan tugas-tugas seharian. Ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan keperluan kami sekeluarga seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya.

Ibu saya juga seorang yang penyayang. Beliau sentiasa mengambil berat tentang keluarga , terutamanya pelajaran saya, abang dan adik. Ibu jarang marah-marah malahan sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi apa jua masalah. Sekiranya saya melakukan apa-apa kesalahan, ibu akan menegur dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu menasihatkan saya agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna.

Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat beruntung mendapat seorang ibu yang baik. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya pada suatu hari nanti.

Contoh 2 :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Keluarga Saya ”.

Keluarga saya terdiri daripada lima orang, iaitu ayah, emak, saya dan dua orang adik lelaki. Hubungan kami sekeluarga sangat rapat.

Ayah saya bernama Joshua Siaw. Beliau seorang guru yang mengajar di SJK Chung Hua Krokop yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Ayah saya seorang yang tegas tetapi baik hati serta pemurah. Ibu saya seorang suri rumah tangga. Beliau menguruskan rumah tangga serta keperluan kami sekeluarga. Ibu saya seorang yang sangat rajin dan pandai memasak.

Saya anak yang sulung. Saya belajar di sekolah yang sama dengan tempat ayah saya bekerja. Saya belajar dalam tahun empat. Saya mempunyai sepasang adik lelaki berkembar bernama Jason dan Jeff . Mereka masih bersekolah tadika. Adik-adik saya comel dan manja.

Saya amat menyayangi keluarga saya. Kami sayang-menyayangi serta mengambil berat antara satu sama lain. Saya berasa amat bangga mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap keluarga saya akan kekal bahagia selama-lamanya.

Contoh 3 :

Bapa kamu telah membawa kamu memancing ikan di sebatang sungai. Ceritakan pengalaman kamu itu.

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa saya memancing ikan di sebatang sungai. Sungai itu berdekatan dengan rumah kami. Kami telah menyediakan peralatan memancing seperti joran, umpan, mata kail dan sebagainya.

Selepas itu, kami mengayuh basikal ke destinasi. Apabila tiba di tepi sungai, kami mencari suatu tempat yang sesuai. Kami duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Selepas memasang umpan, kami pun mula memancing ikan dengan sabar.

Tiba-tiba, joran saya bergerak dengan kuat. Bapa menolong saya menarik joran itu. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat seekor ikan yang besar. Pada petang itu, kami berjaya mendapat lapan ekor ikan.

Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Ibu telah memasak kari ikan untuk kami sekeluarga. Saya berasa gembira pada hari itu kerana telah memperluaskan pengalaman hidup saya.

Contoh 4

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Rumah Impianku ”.

Rumah impianku besar dan cantik. Rumah impianku dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan. Rumah impianku terletak berdekatan dengan bandar raya.

Rumah impianku diperbuat daripada bahan binaan bermutu. Rumah impianku berpagar. Pokok bunga ditanam di tanah lapang hadapan rumah impianku. Pokok buah-buahan pula ditanam di belakang rumah impianku.

Ruang tamu rumah impianku dilengkapi dengan perabot mewah dan alat elektronik. Ruang dapur pula dilengkapi dengan peralatan baharu. Ruang makan selesa kerana dilengkapi dengan pendingin udara. Bilik tidur juga dilengkapi dengan pendingin udara dan peralatan baharu. Rumah impianku mempunyai bilik mandi yang besar.

Aku berangan-angan tinggi dan yakin rumah impianku akan menjadi kenyataan. Aku mestilah rajin berusaha agar dapat mempunyai rumah seperti itu.

Contoh 5 :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Guru Besar Saya”.

Encik Tony Tie Hung Teck ialah guru besar saya. Beliau berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop, Miri.

Setiap pagi beliau pergi ke sekolah dengan menaiki kereta dan sampai di sekolah pada pukul enam pagi. Apabila sampai di sekolah, beliau melihat senarai tugas yang terletak di atas mejanya.

Pada setiap hari Isnin, perhimpunan sekolah diadakan. Beliau akan memberikan ucapan kepada semua pelajar tentang kebersihan, disiplin, kemajuan pelajar dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Selain itu, beliau juga mengajar pelajar tahun enam bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Beliau perlu menghadiri banyak mesyuarat yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta pihak sekolah. Beliau selalu sibuk dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan.

Tugas dan tanggungjawab beliau sangat berat. Walau bagaimanapun, beliau tetap akan berusaha untuk melaksanakan tugasnya dengan baik sekali.

Contoh 6 :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Cita-cita Saya ”.

Setiap orang tentu mempunyai cita-cita. Ada yang ingin menjadi doktor, peguam, guru dan sebagainya. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru.

Kalau ingin menjadi seorang guru, kita hendaklah mendapat ijazah pendidikan di institusi perguruan terlebih dahulu. Untuk mencapai hasrat itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya lulus dalam semua mata pelajaran.

Menjadi seorang guru bukanlah mudah. Guru perlu mengajar ramai murid dan menjadikan sesuatu pelajaran menarik supaya murid-murid berminat dalam pelajaran itu.

Saya ingin menjadi guru kerana dapat berbakti kepada masyarakat dan negara. Saya bercita-cita untuk mendidik anak-anak supaya mereka pandai menulis, membaca dan mengira. Saya juga mahu mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna.

Sekiranya cita-cita saya tercapai, saya akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Saya akan mengadakan kelas tambahan percuma untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam pelajaran.

Pendidikan sangat penting kepada kita. Oleh itu, saya hendak rajin belajar untuk mencapai cita-cita saya apabila dewasa kelak.

Contoh 7 :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Aku Sebuah Telefon Bimbit ”.

Aku sebuah telefon bimbit. Nama aku Nokia. Aku dihasilkan di suatu kilang Shah Alam. Badanku berwarna jingga.

Setelah dihasilkan, aku dihantar ke kedai telefon dengan menggunakan sebuah van. Dalam perjalanan, aku berasa gembira dan bimbang kerana belum pasti lagi aku hidup dengan senang atau susah.

Setelah tiba di kedai, aku dipamerkan di dalam almari kaca. Di situ, aku berkenalan dengan kawan-kawan yang berjenama lain.

Suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda. Setiap hari, tuan aku menggunakan aku untuk menghantar sistem pesanan ringkas kepada ringkas kepada kawan-kawannya.

Aku gembira hidup dengan tuan aku kerana dia menjaga aku dengan baik. Aku harap akan dapat berkhidmat kepada tuan aku hingga ke akhir hayat.

26 Contoh Karangan UPSR
26 Contoh Karangan UPSR
26 Contoh Karangan UPSR

Latihan Disertakan

Yang menariknya, setiap contoh karangan turut disertakan latihan.

26 Contoh Karangan UPSR 1
26 Contoh Karangan UPSR

Muat Turun 26 Contoh Karangan UPSR 

Sebelum memuat turun fail ini, sila rujuk tutorial cara memuat turun dokumen ini:

26 Contoh Karangan UPSR 2

Muat turun 26 contoh karangan ini di SINI yang mana berformatkan fail PDF.

  1. Biografi
  2. Keperihalan
  3. Autobiografi
  4. Surat Kiriman Tidak Rasmi
  5. Laporan
  6. Perbincangan
  7. Laporan
  8. Ucapan
  9. Dialog
  10. Surat Kiriman Rasmi

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu 26 Contoh Karangan UPSR  memberikan manfaat kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More