Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri Tahun 2025

Berikut adalah sebuah biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), iaitu Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri untuk mereka yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Mengenai Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri

Tajaan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri kini ditawarkan oleh Yayasan DayaDiri untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian Tahun Kedua di peringkat Sarjana Muda di IPTA.

Objektif program biasiswa ini adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Bumiputera yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di IPTA di Malaysia.

Biasiswa ini terbuka kepada semua calon yang akan memulakan pengajian Tahun Kedua daripada IPTA di Malaysia dalam senarai berikut:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Permohonan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri Tahun 2025 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum membuat permohonan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri ini, pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria kelayakan seperti berikut:

  1. Bumiputera Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada keturunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  2. Jumlah pendapatan keluarga seluruh isi rumah kurang daripada RM5,250 sebulan.
  3. Akan memulakan pengajian Tahun Kedua Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian yang berkaitan.
  4. Minimum PNGK 3.0 untuk Tahun Pertama (Semester 1 & Semester 2).
  5. Minimum PNGK 3.0 atau seumpamanya untuk pengajian pra-universiti / diploma / STPM.
  6. Mengikuti pengajian Sarjana Muda untuk kali pertama.
  7. Belum mendapat biasiswa daripada badan-badan lain.
  8. Memenuhi ciri-ciri peribadi yang dikehendaki dan kriteria pemilihan lain.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri 2025 kini dibuka sehingga 20 September 2025 (Sabtu) dan permohonan boleh dilakukan pada pautan-pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri Tahun 2025<<<

Sila lengkapkan SEMUA bahagian borang permohonan, termasuk dua (2) karangan minimum 200 patah perkataan, dan tandatangani halaman pengakuan selewat-lewatnya pada 20 September 2025.

Sila muat naik SEMUA dokumen yang dikehendaki.

Sila pastikan ejaan, tatabahasa, penggunaan tanda baca dan penggunaan huruf besar yang betul diterapkan sebelum menghantar permohonan anda. Kegagalan untuk melakukan perkara ini boleh menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Gambar Berukuran Pasport pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  3. Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
  4. Salinan Surat Tawaran Insititusi.
  5. Salinan / Tangkap skrin Keputusan Akademik pendidikan pengajian tinggi Tahun Pertama (Semester 1 dan Semester 2) Sarjana Muda.
  6. Salinan Transkip Keputusan Peperiksaan STPM / Matrikulasi / Asasi / Diploma atau bersamaan.
  7. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan SPM.
  8. Salinan Sijil-sijil aktiviti ko-kurikulum pada peringkat sekolah rendah / menengah / diploma / pra universiti / universiti.
  9. Salinan dokumen pendapatan yang telah disahkan untuk Bapa / Penjaga 1 (Terkini tahun 2025 – contoh: Slip Gaji 3 bulan terkini / Borang EA terkini / Surat Akuan Pendapatan terkini untuk mereka yang tiada pendapatan atau slip gaji).
  10. Salinan dokumen pendapatan yang telah disahkan untuk Ibu / Penjaga 2 (Terkini tahun 2025 – contoh: Slip Gaji 3 bulan terkini / Borang EA terkini / Surat Akuan Pendapatan terkini untuk mereka yang tiada pendapatan atau slip gaji).
  11. Salinan Sijil Kematian Bapa / Penjaga 1 atau Ibu / Penjaga 2 (jika berkenaan).

Semua dokumen sokongan hendaklah dimuat naik bersama borang permohonan biasiswa.

Hanya pemohon yang berjaya disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel atau telefon dalam masa empat minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri ini, sila rujuk pada Soalan Lazim / FAQ atau terus e-mel kepada Yayasan DayaDiri.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More