Permohonan Biasiswa TNB Prime Tahun 2025
Berikut adalah info terkini mengenai permohonan Biasiswa TNB Prime bagi tahun 2025.
Isi Kandungan
Mengenai Biasiswa TNB Prime
Biasiswa TNB Prime adalah program tajaan pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh Yayasan Tenaga Nasional (YTN) untuk membantu pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Awam Tempatan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), atau universiti terkemuka di luar negara, meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup, serta menawarkan peluang latihan industri dan pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB).
YTN mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa ini bagi mengikuti program pengajian di IPTA tempatan yang terpilih dan bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
| Bidang Kejuruteraan | – Kejuruteraan Elektrik Kuasa – Kejuruteraan Kimia |
| Bidang Bukan Kejuruteraan | – Data Sains / Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) – Perundangan |

Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat umum permohonan Biasiswa TNB Prime bagi tahun 2025 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Khusus untuk pelajar baru Tahun Satu Semester Pertama Ijazah Sarjana Muda yang telah mendapat tempat pengajian / surat tawaran universiti di Universiti Awam.
- Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2025.
- Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
- Khas untuk pelajar Semester Pertama Oktober 2025 yang telah mendapat penempatan di Universiti Awam.
- Lulus STPM / Diploma / Matrikulasi / Asasi 2025 dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.50 (PNGK > 3.50).
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa TNB Prime bagi tahun 2025 kini dibuka bermula 15 September 2025 sehingga 28 September 2025 dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) pada borang permohonan seperti pada pautan berikut:
>>>Permohonan Biasiswa TNB Prime Tahun 2025<<<
Tiada dokumen hardcopy yang perlu dimajukan kepada YTN semasa permohonan dibuat kerana semua permohonan adalah secara dalam talian sahaja.
Kriteria pemilihan penawaran bagi Biasiswa TNB Prime merangkumi penilaian ujian Psikometrik dan penglibatan kokurikulum calon.
Pemohon tidak dihalang untuk membuat permohonan namun dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan sahaja akan diproses dan layak dipertimbangkan.
Semua permohonan akan diproses untuk disenaraipendek terlebih dahulu. Pemakluman tarikh untuk nama calon yang berjaya disenaraipendek boleh disemak di laman sesawang YTN dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa TNB Prime ini, sila rujuk portal rasmi Yayasan Tenaga Nasional atau terus e-mel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03 – 8924 7500.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



