Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025
Berikut adalah info mengenai Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Bagi Latihan Pra Perkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025.
Isi Kandungan
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan adalah sebuah program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
KPM mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025 di IPG, KPM.

Bidang Pengkhususan
Berikut adalah bidang pengkhususan yang ditawarkan untuk pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025, iaitu:
| Jenis Sekolah | Bidang Pengkhususan |
|---|---|
| Sekolah Kebangsaan (SK) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 3. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 4. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah. 5. Matematik Pendidikan Rendah. 6. Bimbingan dan Kaunseling. 7. Sejarah Pendidikan Rendah. 8. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah. 9. Pendidikan Moral. |
| Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 3. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 4. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah. 5. Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah. 6. Matematik Pendidikan Rendah. 7. Bimbingan dan Kaunseling. 8. Sejarah Pendidikan Rendah. 9. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah. 10. Pendidikan Moral. |
| Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 3. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 4. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah. 5. Matematik Pendidikan Rendah. 6. Bimbingan dan Kaunseling. 7. Sejarah Pendidikan Rendah. 8. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah. 9. Pendidikan Moral. |
| Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah. |
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1985.
- Memiliki sekurang-kurangnya gred Kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana Universiti Awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50; atau
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).
- Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred Kepujian dalam bahasa Cina / bahasa Tamil di peringkat SPM.
- Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework for Languages (CEFR) seperti Malaysian University English Test (MUET), International English Language Testing System (IELTS), C2 Proficiency (CPE), Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Linguaskills.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).
- Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dalam Sektor Perkhidmatan Awam, calon perlu memohon kebenaran cuti belajar tanpa gaji dengan Ketua Jabatan masing-masing bagi mengikuti PDPP.
** Mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025 kini dibuka bermula 11 September 2025 sehingga 17 September 2025 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui IPGM – Modul myPDPP pada pautan berikut:
>>>Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025<<<
Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP dibawah.
Tarikh Penting Pengambilan
Berikut adalah tarikh-tarikh penting pengambilan yang perlu diambil perhatian oleh semua calon yang berminat untuk membuat Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025 ini, iaitu:
| Aktiviti | Tarikh |
|---|---|
| Paparan iklan di portal rasmi KPM | 10 September 2025 |
| Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) | 11 September 2025 – 17 September 2025 |
| Permohonan dalam talian ditutup | 17 September 2025 (Jam 11.59 Malam) |
| Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian | 18 September 2025 – 24 September 2025 |
| Semakan keputusan panggilan Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) | 1 Oktober 2025 |
| Pelaksanaan Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) | 6 Oktober 2025 – 9 Oktober 2025 |
| Semakan keputusan permohonan berjaya | 17 Oktober 2025 |
| Pendaftaran pelajar baharu ke IPG | 3 November 2025 |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025 ini, sila hubungi alamat berikut:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03 – 8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 / 6768 / 6693
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



