Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Keputusan SPM 2019

Semakan Tarikh Keputusan SPM 2019. Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 dijangka boleh mendapatkan keputusan SPM 2019 masing-masing pada Minggu Kedua bulan Mac 2020 (AKAN DIKEMAS KINI APABILA TARIKH TELAH DINYATAKAN SECARA RASMI OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA).

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Tarikh Keputusan SPM 2019
Tarikh Keputusan SPM 2019

Isi Kandungan

Jangkaan Tarikh Keputusan Spm 2019

Berdasarkan tarikh pengumuman keputusan SPM bagi tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mac untuk mengumumkan keputusan.

Maklumat Semakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan (Result) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019  dijangka pada Minggu Ke-2 Mac 2020

*(AKAN DIKEMAS KINI APABILA TARIKH TELAH DINYATAKAN SECARA RASMI OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA).*

TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS

Pemilihan tarikh dalam bulan Mac bagi mengumumkan keputusan SPM tersebut, membolehkan calon mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian Pra Universiti, Asasi dan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara.

Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online

Semakan Online

Sistem aplikasi semakan Keputusan SPM 2019 Secara Online sila klik pautan dibawah.

  1. Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2019 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia
  3. Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Semakan SMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut;

Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
Contoh :

SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888

Cara Mendapatkan Slip Keputusan Penuh SPM 2019

Calon Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi

Calon Persendirian

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Tarikh Keputusan SPM 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019 ini. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More