Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi ambilan 2021 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2021.

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April 2021. KPM mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon Program Matrikulasi, PISMP dan PPC.

Pelajar lepasan SPM 2020 boleh memohon terus kepada KPM tanpa perlu melalui UPUOnline. Permohonan adalah percuma. Pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang disiarkan di laman sesawang rasmi KPM www.moe.gov.my pada 8 Mac 2021.

Isi Kandungan

Kelayakan Permohonan

Antara syarat – syarat yang perlu diikuti bagi para pemohon adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • Calon SPM tahun 2020

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Terdapat 3 bidang pengajian sahaja dan pemohon perlu ikuti syarat asas akademik yang ditetapkan:

  • Bidang Bahasa Arab (Lughah)
    • Lulus SPM dengan peroleh sekurang – kurangnya 7A dalam mana – mana mata pelajaran termasuk 3 mata pelajaran ini (Bahasa Arab, Pend. Islam, Pend, Al-Quran dab Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pend. Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al- Mu’asirah, Al-Adab Wa Al-Balaghah)
    • Mendapat Kepujian C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah dalam SPM.
  • Bidang Pengajian Islam

  • Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Cara Untuk Membuat Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (https://pismp.moe.gov.my) mulai 15 MAC 2021. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan perlu menyediakan rakaman video pengajaran (VP) dan video kecergasan fizikal (VKF).

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan;

  • Maklumat iklan,
  • Ujian Kelayakan Calon Guru,
  • Penyediaan Video Pengajaran,
  • Video Kecergasan Fizikal,
  • Syarat Bidang Pengkhususan
  • Kalendar Aktiviti

Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila – bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 15 APRIL 2021. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

permohonanpermohonan

permohonanpermohonan   

Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

    • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    • ARAS 1 – 3, BLOK 2250
    • JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
  • No. Telefon = 03 8312 6720 / 6693 / 6731 / 6768 / 6760 / 6733
  • URL = http://ipgm.moe.edu.my
  • Emel = [email protected]

Artikel lain: Program Latihan Hadiah Persekutuan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More