Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Musa’adah Tijariyah MAIWP

Isi Kandungan

Bantuan Modal Perniagaan Musa’adah Tijariyah MAIWP

Bantuan Musa’adah Tijariyah adalah bantuan modal yang diberikan kepada mana-mana individu yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam untuk terlibat di dalam bidang perniagaan dan juga memajukan perniagaan usahawan yang sedia ada khususnya ketika wabak COVID-19 melanda negara.

Bantuan Musa’adah Tijariyah telah dibuka kepada orang ramai mulai 25 Mac 2021 dan akan ditutup pada 5 April 2021.

permohonan

Kelayakan Permohonan

Pemohon yang menginginkan Bantuan Modal Perniagaan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Tertakluk kepada had kifayah.
  • Mempunyai pendaftaran SSM selama 2 bulan dan ke atas.
  • Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini.

Cara Memohon Bantuan Modal Perniagaa

Permohonan Bantuan Modal Perniagaan boleh dibuat dengan 2 cara seperti berikut:

  • Secara Dalam Talian

    • Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/app_Login/.
    • Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru.’
    • Isi maklumat diri dengan lengkap dan klik butang ‘Daftar.’
    • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
    • Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
    • Muat naik dokumen sokongan.
    • Selesai membuat permohonan.
  • Secara Manual

    • Muat turun borang permohonan di https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/assets/borang.pdf.
    • Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
    • Sediakan dokumen sokongan.
    • Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke:
      i) Aras 1, Bahagian Baitulmal MAIWP, Kuala Lumpur
      ii) Pusat-pusat Agihan Zakat (PAZA) MAIWP
      iii) Kaunter MAIWP Putrajaya, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
      iv) Kaunter MAIWP Labuan, Kompleks Ujana Kewangan

Dokumen Sokongan

Pemohon dikehendaki membawa dokumen sokongan bersama borang permohonan seperti berikut:

  • Satu salinan kad pengenalan pemohon.
  • Satu salinan kad pengenalan pasangan.
  • Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon.
  • Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pasangan.
  • Satu salinan Cukai Pintu atau Bil Utiliti tempat tinggal terkini.
  • Satu Salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan sijil, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan yang masih aktif sekurangnya dalam tempoh 2 bulan.
  • Satu Salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB) bagi tujuan pembayaran.

Keputusan Bantuan Modal Perniagaan

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak MAIWP melalui SMS. Jika pemohon tidak mendapat sebarang maklumat dalam masa 30 hari, permohonan tersebut dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai bantuan Musa’adah Tijariyah, anda boleh hubungi;

pihak MAIWP di talian 011-6254 2728.

Artikel lain: Dermasiswa B40 DRB HICOM U

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More