Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Sagong Tasi

Permohonan bagi Biasiswa Sagong Tasi dibuka sepanjang tahun 2021. Para pelajar amat dipelawa untuk memohon Program Khas Biasiswa Sagong Tasi bagi mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh), Universiti Islam Antarabangsa (Gombak), Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi), Universiti Putra Malaysia (Serdang), Universiti Selangor (UNISEL)Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dan Kolej Antarabangsa INPENS.

Program Khas Biasiswa Sagong Tasi diadakan khas untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan Bagi Biasiswa Sagong Tasi

Kelahiran

Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; danPemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; danPemohon lahir di Negeri Selangor; atauIbu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atauPemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Peringkat Pengajian

Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)

Penajaan

Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN  dari lain-lain penaja

Pencapaian Akademik

Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan. Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Kadar Pembiayaan

1. Yuran Pengajian

Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.

2. Elaun Sara Diri

Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Cara Membuat Permohonan

  • Permohonan adalah secara manual sahaja. Borang Permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my
  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Hanya pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Biasiswa.
  • Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my
  • Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup permohonan.
  • Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing atau terus ke alamat berikut:
    • Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
    • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    • Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
    • Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
    • 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 

Artikel lain: Biasiswa Shell Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More