Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MOTAC Salur Lebih RM2.2 juta Kepada 217 NGO

217 NGO Mendapat Peruntukkan Lebih RM2.2Juta Dari MOTAC

motac

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jawatankuasa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) telah meluluskan peruntukan lebih RM2.2 juta kepada 217 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepanjang tahun lalu bagi tujuan penyemarakkan industri seni, budaya dan warisan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM1,630,500 adalah untuk 30 permohonan bagi bantuan kegiatan persatuan manakala sebanyak RM582,500 adalah untuk bantuan pentadbiran kepada 187 buah persatuan aktif namun terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Penggiat industri kebudayaan dan kesenian telah kerugian sebanyak RM85 juta dalam tempoh setahun akibat penularan Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir sesi libat urus bersama Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan Penggiat Industri Sektor Kebudayaan yang dikendalikan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Krisis yang turut disertai oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Noor Zari Hamat.

Sumber Kosmo Online.

Artikel lain: 5.7 Juta Premis Dapat Akses Jalur Lebar Tetap

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More