Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kad Diskaun Team Wipers Oleh Majlis Sukan Negeri

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MWSP) memperkenalkan Kad Diskaun Team Wipers yang bakal memberi manfaat kepada 1,300 atlet di bawah majlis sukan negeri itu.

team wipers

Isi Kandungan

Inisiatif Kad Diskaun Team Wipers

Kad Diskaun Team Wipers ini hanya ada satu inisiatif sahaja setakat ini iaitu:

  • Membeli peralatan sukan di kedai ataupun laman web yang disenaraikan dengan potongan 25 hingga 30 peratus

Selain daripada kad Diskaun Team Wipers, atlet MWSP juga menerima pelbagai kebajikan termasuklah perlindungan insurans, Skim Insentif Kemenangan, bantuan perubatan dan rehabilitasi sukan serta banyak lagi.

Insentif Kemenangan Sukan Malaysia (SUKMA) bagi Jurulatih dan Atlet telah diwujudkan bagi memberi dorongan kepada para jurulatih dan atlet untuk meningkatkan pencapaian dan prestasi masing-masing di peringkat kebangsaan, khususnya di temasya SUKMA.

Insentif Atlet

Objektif insentif atlet adalah seperti berikut:

  • Penghargaan kepada Atlet yang mencapai sasaran (KPI) di SUKMA;
  • Meningkatkan motivasi Atlet supaya berusaha dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.
  • Galakkan kepada Atlet untuk terus mewakili Wilayah Persekutuan.Bantuan untuk menampung keperluan selain daripada elaun yang diterima.

Pemberian Insentif Atlet adalah berpandukan Kertas Dasar yang diluluskan oleh Ahli Lembaga/Majlis MSWP. Ketetapan pemberian Insentif Atlet adalah mengikut keperluan semasa. Panduan terkini pemberian Insentif atlet adalah seperti berikut:

Pingat Emas

  • Atlet Individu
    • RM5,000
  • Atlet Berpasukan
    • RM4,000

Pingat Perak

  • Atlet Individu
    • RM1,500
  • Atlet Berpasukan
    • RM1,000

Pingat Gangsa

  • Atlet Individu
    • RM1,000
  • Atlet Berpasukan
    • RM800

Kadar insentif adalah berubah mengikut ketetapan dari semasa ke semasa

Terdapat juga Insentif Pelajaran dimana ia merupakan satu skim pemberian kepada Atlet yang masih dalam masih dalam pengajian sama ada di peringkat Sekolah atau Institusi Penganjian Tinggi. Objektif Insentif Pelajaran adalah seperti berikut:

  • Bantuan untuk menampung keperluan pembelajaran bagi Atlet Sekolah atau Institusi Penganjian Tinggi.
  • Galakkan dan motivasi kepada Atlet untuk berusaha dan fokus dalam bidang akademik.

Terdahulu, MSWP menganjurkan Seminar Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan di Wilayah Persekutuan 2021 dengan mengumpulkan sembilan pembentang yang berpengalaman luas untuk berkongsi kepakaran masing-masing bersama 150 jurulatih di bawah persatuan sukan negeri di bawah MSWP.

Pada majlis sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa turut hadir menyaksikan pertukaran lima perjanjian persefahaman (MoU) antara MSWP dengan beberapa universiti dan agensi swasta.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang WIPERS dibawah:

http://www.wipers.gov.my/ms/insentif-atlet/?lang=ms

Artikel lain: Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More