Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Promosi Bantuan COVID-19 Dengan Basikal

Warga Emas Berusia 73 tahun Berbasikal Mempromosi Bantuan

promosi

Berpakaian tradisional Melayu lengkap bertanjak dan berkeris sambil menunggang basikal tidak janggal buat lelaki India, A Sothi Vandamalai, dengan misi memaklumkan kepada orang ramai berkaitan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik COVID -19.

Warga emas berusia 73 tahun itu meletakkan poster lengkap nombor telefon pegawai badan bukan kerajaan (NGO) masing-masing seorang Melayu, India dan Cina di hadapan basikalnya untuk dihubungi oleh mana-mana pihak yang terkesan dengan pandemik itu.

“Ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk membantu menyelesaikan masalah orang ramai terutama mereka yang tidak mempunyai pendapatan, pekerjaan dan sumber kewangan dan masalah kesihatan.

“Poster yang diperoleh ketika berkunjung ke kedai runcit di Peringgit, sekali gus memberi mesej jelas semua kaum turut sama-sama membantu untuk kesejahteraan negara.

“Saya berpakaian tradisional Melayu berkenaan sebagai cara saya memperkenalkan pakaian unik masyarakat Melayu era pahlawan Hang Tuah dan empat saudaranya di Melaka. Walaupun saya bukan Melayu tetapi saya bangga dengan berpakaian tradisional berkenaan sekali gus mempromosi konsep bertanjak kepada umum,” katanya yang menetap di Pantai Peringgit di sini.

Vandamalai yang mengayuh basikal sekitar Peringgit, Pangkalan Rama, Pangkalan Batu, Bachang dan Batu Hampar juga mengenakan pakaian berkenaan sempena sambutan pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April lalu.

“Semua pakaian berkenaan yang dihadiahkan oleh seorang rakan Melayu yang bernilai RM350 termasuk keris bagi membolehkan dia melakukan misi terbabit.

“Malah, basikal antik ini dibeli lebih 20 tahun lalu daripada seorang peniaga Cina dengan harga RM20 sahaja ketika itu.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Iklan Raya Promosi Judi Kedua Tular

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More