Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pusat Data Serantau Microsoft Malaysia 2021

pusat
Pusat Data Serantau Microsoft Malaysia 2021

Pelaburan Microsoft bagi penubuhan pusat data serantau pertama di Malaysia akan membantu menjana keuntungan sehingga RM19 bilion dalam hasil baharu sepanjang tempoh empat tahun akan datang.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman berkata, ia merupakan inisiatif Microsoft Bersama Malaysia bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital terangkum dan menggiatkan transformasi digital negara dalam ekosistem rakan strategik kerjasama tempatan dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan awan di negara ini.

Pusat Data Serantau Microsoft Malaysia 2021

Katannya, inisiatif itu bakal membuka peluang 19,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung sekali gus menandakan kejayaan besar Microsoft sepanjang tempoh 28 tahun beroperasi di negara ini.

“Pembinaan infrastruktur penting untuk memajukan ekonomi digital negara dan menjadi pencetus perubahan bagi Malaysia, membolehkan kerajaan dan perniagaan untuk menyusun semula dan merombak operasi mereka demi manfaat semua lapisan rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Microsoft Bersama Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini semalam.

Beliau berkata, Microsoft akan menubuhkan pusat data serantau pertama itu di persekitaran Greater Kuala Lumpur dan menyediakan capaian kepada kemudahan Microsoft Cloud serba lengkap.

Katanya, ia termasuk Microsoft Azure yang membolehkan sesiapa sahaja mereka cipta dengan tujuan khusus menggunakan perkhidmatan dan keupayaan awan merangkumi pengkomputeran, perangkaian, pangkalan data, analitik, kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT).

Beliau menjelaskan, menerusi Microsoft 365 pula, ia digunakan untuk berhubung, bekerjasama, bekerja jarak jauh dan belajar dalam talian dengan alat produktiviti inovatif.

“Dynamic 365 dan Power Platform untuk membina dan menguruskan penyelesaian kritikal yang boleh diskala dengan aplikasi perniagaan pintar.

“Pusat data serantau ini akan menyediakan Zon Ketersediaan Azure, mempersiapkan daya tahan lebih kukuh bagi aplikasi yang sentiasa tersedia sambil menyokong matlamat kelestarian Microsoft,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Microsoft membuat komitmen global untuk beralih 100 peratus kepada tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025.

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: PayPal Pembayaran Mudah Untuk Peniaga Internet

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More