Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 daerah di Sabah dilanda demam babi Afrika

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Sepuluh daerah di Sabah dilanda wabak demam babi Afrika (ASF) setakat ini, dengan kes terbaharu dikesan di Nabawan, semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) melaporkan sekurang-kurangnya satu kes ASF di Nabawan.

Daerah lain yang terjejas adalah Pitas, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau.

Jeffrey yang juga menteri pertanian dan perikanan negeri, dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, berkata sejumlah 169 babi liar telah disahkan positif ASF pada 18 April lalu.

“Pihak kita telah memusnahkan 398 ekor babi manakala 535 ekor pula mati disebabkan penyakit demam.

“Jabatan juga telah mengadakan 234 kempen kesedaran di 14 daerah yang bukan hanya bertujuan untuk mendidik orang awam mengenai penyakit terbabit, malah juga sebagai usaha kerajaan negeri bagi mengelakkan ASF merebak ke daerah lain,” katanya.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun Permohonan Biasiswa Jeffrey Cheah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More