Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan JOPAC 2021

Isi Kandungan

Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor

permohonan

JOPAC merupakan inisiatif khas untuk rakyat Johor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT). Pengenalan JOPAC adalah dilihat tepat bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga melalui aktiviti keusahawanan yang dijalankan.

Permohonan JOPAC 2021 telah dibuka dan akan ditutup pada 6 Mei 2021.

JOPAC adalah ruang dan peluang perniagaan yang dibuka kepada usahawan yang menghasilkan produk makanan dan selain daripada produk makanan.

Usahawan JOPAC yang layak akan menerima bantuan keusahawanan untuk menambah pengeluaran produk mereka dan produk-produk tersebut akan dihantar melalui perkhidmatan runner JOPAC bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan penghantaran.

Matlamat JOPAC

Antara matlamat yang telah digariskan dalam pelaksanaan JOPAC adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi penggunaan teknologi terkini.
  2. Mewujudkan komuniti perniagaan secara atas talian yang lebih cepat, mudah, tidak memerlukan modal yang besar serta mengikut trend semasa bagi membantu rakyat menguruskan kos sara hidup dan akhirnya mampu bergerak seiring pertumbuhan ekonomi.
  3. Menggalak kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembeling tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara home-based.
  4. Memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Syarat Kelayakan

Untuk pemohon yang ingin memohon JOPAC, terdapat beberapa syarat kelayakan dikenakan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
  3. Keutamaan permohonan diberikan kepada golongan sasar iaitu B40, ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah, belia, dan ketua keluarga.
  4. Pemohon digalakkan sudah menjalankan perkhidmatan penghantaran (runner) dan mempunyai semangat ingin meningkatkan pendapatan keluarga.
  5. Pemohon mempunyai kenderaan sendiri.
  6. Pemohon memiliki lesen memandu (B2, D).
  7. Borang dan dokumen permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon bantuan JOPAC boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan ini https://forms.gle/vHcfdedDHHNKYao78.
  2. Baca syarat-syarat kelayakan dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat dengan betul dan lengkap dan klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Pada paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Untuk makluman, pemohon perlu mengisi maklumat dengan menggunakan huruf besar dan menyertakan sekeping gambar berukuran passport dan satu salinan kad pengenalan diri.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai JOPAC, sila hubungi Unit Projek Sosial dan Keusahawanan YPKDT di talian 07-2666526 atau layari laman web http://ypkdt.org.my/.

Artikel lain: Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More