Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Isu haram langgar larangan rentas negeri untuk beraya selesai

isu

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata isu mengenai hukum haram bagi merentas negeri pulang ke kampung meraikan Aidilfitri dianggap selesai jika dilihat daripada keseluruhan konteks.

Zulkifli berkata ia hanya sekadar ucapan dalam webinar dan jika tengok dari konteks keseluruhan memang ada syarat, peraturan dan kaedah.

“Saya sendiri sudah bertanya kepada beliau dan isu ini tidak ada apa pun sebenarnya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan ifftar muzakki bersama anak yatim dan pelancaran aplikasi MyZakat 2021, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP), Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Pada majlis itu, PPZ-MAIWP melancarkan aplikasi MyZakat 2021 dalam usaha memperkasakan penyampaian maklumat serta urusan pembayaran zakat.

Ia selaras dengan kemajuan teknologi digital dan lebih bersifat mesra pelanggan dan holistik.

Sementara itu, ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) solat hari raya, Zulkifli berkata ia akan diberitahu dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Luqman berkata, orang ramai boleh merujuk kembali video asal di laman facebook UKM bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul.

“Ia hanya merujuk pada satu soalan diberikan kepada saya dalam ruang lingkup tajuk yang diberikan.

“Saya hanya menjawab dalam konteks pandangan mufti apabila ada arahan dari Ulul Amri, maka itu pandangan yang saya ingin sampaikan.

“Orang ramai perlu melihat dengan lebih jelas secara keseluruhan dan tidak memadai hanya melihat tajuk berita saja,” katanya.

Isu ini adalah untuk menyelesaikan tentang berita yang lalu semasa beliau mengatakan, asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

“Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?

“Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran),” katanya.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Permohonan Biasiswa IOI Group (Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng)Permohonan Pembimbing Usahawan Muda

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More