Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Vietnam temui varian hibrid baharu Covid-19

HANOI – Vietnam menemui varian baharu Covid-19  yang merebak pantas menerusi  udara dan merupakan hibrid antara varian India serta varian Britain, kata beberapa pegawai semalam.

Negara komunis itu sedang bergelut dengan wabak baharu yang tercetus di lebih separuh daripada keseluruhan wilayahnya termasuk zon industri dan bandar besar seperti Hanoi serta Bandar Raya Ho Chi Minh.

Lebih 6,800 kes Covid-19 termasuk 47 kematian dilaporkan di Vietnam dengan sebahagian besarnya berlaku sejak April lalu.

“Kami menemui varian hibrid baharu daripada varian India dan varian Britain.

“Ciri-ciri varian ini adalah ia merebak dengan begitu  cepat di udara,” kata Menteri Kesihatan, Nguyen Thanh Long pada mesyuarat negara bagi menghadapi pandemik semalam.

Beliau tidak mendedahkan jumlah kes berpunca daripada varian hibrid itu tetapi berkata, Vietnam akan mengumumkan penemuan itu dalam peta dunia rantaian genetik virus.

Institut Pusat Kebersihan dan Epidemiologi Vietnam memberitahu dalam satu kenyataan semalam bahawa saintisnya mengesan mutasi genetik dalam empat daripada 32 sampel pesakit.

Sebelum ini terdapat tujuh varian koronavirus di Vietnam.

Negara yang memiliki 97 juta penduduk itu hanya memvaksinasi  kira-kira sejuta rakyatnya dan sedang meningkatkan program pelalian dengan matlamat mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: KKM dan KPT selidik Varian Baharu Tahap Berjangkit Lebih Tinggi

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More