Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0

Disini kami kongsikan Senarai Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0 sepertimana yang telah dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Beliau telah membuat pengumuman yang bakal menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu segenap golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pakej Kita Selangor 2.0 bertemakan ‘Bersama Menuju Kejayaan’ itu juga boleh disaksikan secara langsung melalui Facebook dan Twitter Dato’ Seri Amirudin Shari serta Facebook Media Selangor.

Pengumuman sedemikian bukan kali pertama sebaliknya beberapa pakej bantuan untuk rakyat telah pun diperkenal sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.

Senarai Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0

Kerajaan Negeri sekali lagi mengumumkan pakej fasa kedua pada 1 April tahun sama bernilai RM272 juta untuk menangani dampak wabak.

Pelan pemulihan ekonomi negeri sebanyak RM55.8 juta dibentang pada 13 Julai diikuti Pakej Kita Selangor berjumlah 73.8 juta pada 20 Januari pada tahun ini.

Baca Juga: Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online/SMS Mulai 10 Jun 2021

Senarai Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0

Berikut merupakan Senarai Bantuan Pakej Kita Selangor yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari:

  1. Program Bakul Makanan – Insentif khas untuk golongan B40, pemandu bas dan van sekolah, pemandu teksi dan bas persiaran, ibu tunggal dan OKU serta pesakit COVID-19.
  2. Bantuan Kewangan Pesakit COVID19 Yang Meninggal Dunia – Bantuan RM1,000 akan diberikan bagi setiap keluarga waris
  3. Bantuan Khas RM500 OKU – Bantuan RM500 secara one-off
  4. Moratorium Usahawan Hijrah Selangor – Moratorium pinjaman HIJRAH selama 1 setengah bulan kepada 40,000 usahawan
  5. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor – Tempoh mula bayaran ansuran dilanjutkan dariapda 6 bulan kepada 12 bulan selepas tamat pengajian
  6. Portal EPTRS.MY – RM500,000 diperuntukkan untuk pelajar yang akan menduduki SPM
  7. Penanguhan bayaran sewa PPR & Smart Sewa – Penangguhan bayaran sewa bulan Julai 2021
  8. Bantuan Khas RM450 ‘one-off’ untuk pengusaha tadika di Selangor.
  9. Bantuan Khas RM150 ‘one-off’ kepada setiap guru-guru tadika di Selangor.
  10. Penangguhan Bayaran Pinjaman Pelajaran Biasiswa Yayasan Selangor – bermula 1 April hingga 30 September 2021
  11. Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan – merangkumi Geran Bantuan Kewangan, Baucar Pelancongan, Program Latihan Digital, Bantuan kewangan kepada persatuan pelancongan
  12. Data Internet Selangor B40 – Kad SIM dengan data internet tanpa had kepada B40 bernilai RM15 dan subsidi RM20 akan dibayar oleh MBI
  13. Skim Internet Selangor M40 (SISM40) – Setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun bermula 1 Julai 2021. Terdapat 8 Pakej Internet yang akan diperkenalkan untuk golongan M40.
  14. Bantuan Selangor Advanced untuk menyelamatkan dan menjamin pekerja syarikat yang terjejas.

Senarai Bantuan Pakej Kita Selangor yang diumumkan serta cara permohonan akan dikemaskini melalui laman web ini setelah ia diperincikan dengan jelas.

Semoga ia dapat memberi manfaat dan membantu rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan dalam tempoh PKP ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More