Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BUDI95: Penyasaran Subsidi RON95 Dengan Harga RM1.99 Seliter

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan inisiatif penyasaran subsidi RON95, iaitu BUDI95 untuk semua rakyat Malaysia bermula 30 September 2025.

Isi Kandungan

Penyasaran Subsidi RON95 (BUDI95)

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025, Malaysia akan beralih kepada Sistem Subsidi Bersasar Petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat.

Melalui BUDI95, Kerajaan menurunkan harga RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia, sebagai penghargaan dan manfaat terus kepada rakyat.

Justeru, bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter atau di terminal pam minyak, atau menerusi aplikasi stesen minyak seperti Touch n Go atau Setel.

Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September 2025, serta penerima STR mulai 28 September 2025.

Langkah ini membolehkan pulangan hasil negara daripada penyasaran subsidi disalurkan semula kepada rakyat, termasuk penjimatan hasil subsidi yang sebelumnya dinikmati oleh bukan warganegara dan syarikat besar.

Kerajaan menegaskan subsidi RON95 ini khusus untuk warganegara Malaysia sahaja, dengan golongan bukan warganegara dan syarikat besar perlu membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.

BUDI95: Penyasaran Subsidi RON95 Dengan Harga RM1.99 Seliter 1

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BUDI95, iaitu:

  1. Semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas, tanpa mengira tahap pendapatan, yang mempunyai lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik.
  2. Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.
  3. Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh memohon kuota tambahan / nilai yang lebih tinggi bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

Cara Penebusan

Kerajaan telah mengambil langkah untuk memudahcarakan proses untuk rakyat memanfaatkan harga bersubsidi RON95 ini, antaranya:

  • Pertama, tiada pendaftaran diperlukan.
  • Kedua, hanya satu langkah tambahan, iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi.
  • Ketiga, terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan. Di samping itu, terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.

Kerajaan MADANI menasihati semua rakyat Malaysia agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95.

Walau bagaimanapun, rakyat tidak perlu tergesa-gesa memperbaharui MyKad sekiranya mereka berjaya menebus bantuan SARA, kerana itu membuktikan cip MyKad berfungsi dengan baik.

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat untuk memastikan kelancaran sistem tanpa lonjakan penggunaan yang mendadak seperti ketetapan berikut:

27 September 2025 (Sabtu)Sistem dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis.
28 September 2025 (Ahad)Sistem dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40.
30 September 2025 (Selasa)Sistem dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
BUDI95: Penyasaran Subsidi RON95 Dengan Harga RM1.99 Seliter 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan BUDI95 ini, anda boleh rujuk saluran rasmi MOF dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More