Pelaksanaan RUU Pekerja GIG 2025 Dikuatkuasakan Di Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai RUU Pekerja GIG 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia.
Isi Kandungan
Definisi Pekerja GIG
‘Pekerja GIG’ bermaksud
- seorang INDIVIDU yang merupakan seorang warga negara atau pemastautin tetap di Malaysia;
- membuat perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak bagi pelaksanaan apa-apa perkhidmatan dengan entiti kontrak yang merupakan penyedia platform atau perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dengan entiti kontrak yang bukan merupakan penyedia platform; dan
- menerima pendapatan untuk perkhidmatan.
Entiti kontrak ialah seseorang individu, mana-mana orang termasuk kumpulan orang yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana penyedia platform.
Apa Itu RUU Pekerja GIG 2025?
RUU Pekerja GIG 2025 ialah undang-undang baru yang diluluskan di Parlimen Malaysia pada 27 Ogos 2025 untuk mengiktiraf, mengawal selia dan melindungi hak serta kebajikan pekerja GIG seperti pemandu e-hailing, penghantar makanan dan pekerja digital yang bekerja secara bebas atau atas kontrak jangka pendek.
RUU Pekerja GIG 2025 adalah suatu Akta untuk:
- melindungi hak pekerja GIG,
- mengadakan peruntukan bagi kewajipan entiti kontrak,
- mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dengan pekerja GIG,
- mengadakan peruntukan bagi mekanisme penyelesaian pertikaian,
- mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan,
- mengadakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal Pekerja GIG, dan
- mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

RUU Pekerja GIG adalah Rang Undang-Undang yang melindungi hak pekerja sektor GIG di Malaysia termasuk hak rundingan, perlindungan sosial dan mekanisme penyelesaian pertikaian bagi lebih 1.2 juta pekerja GIG.
RUU Pekerja GIG 2025 ini mengandungi empat (4) perkara utama seperti berikut:
| Definisi | Undang-undang ini memperjelas siapa yang tergolong dalam kategori pekerja GIG, termasuk pemandu e-hailing, penghantar makanan dan pekerja digital bebas, sekaligus mengangkat status mereka sebagai pekerja yang mempunyai hak undang-undang. |
| Pendapatan | RUU ini menetapkan bahawa pekerja GIG berhak untuk rundingan gaji dan syarat kerja, memastikan bayaran mereka adalah adil dan telus, sekaligus mencegah amalan potongan bayaran sewenang-wenangnya. |
| Mekanisme Penyelesaian Pertikaian | Untuk mempercepatkan dan memudahkan penyelesaian isu antara pekerja dan platform, RUU ini memperkenalkan tribunal khusus serta mekanisme aduan yang mesra dan efektif. |
| Perlindungan Sosial | Pekerja GIG kini dilindungi di bawah caruman PERKESO, mendapat perlindungan insurans serta hak cuti yang setimpal dengan sektor kerja lain, memberikan jaminan keselamatan sosial yang lebih baik. |
RUU Pekerja GIG 2025 ini diperbuat oleh Parlimen Malaysia.
Draf RUU Pekerja GIG 2025 terbahagi kepada 10 bahagian, 112 fasal dan 79 muka surat.

RUU ini memberikan pengiktirafan rasmi kepada pekerja GIG sebagai satu sektor profesional dan menetapkan bahawa pekerja GIG mesti dimaklumkan tentang syarat perkhidmatan serta kadar bayaran sebelum memulakan kerja.
Setakat 2023, ada lebih 1.12 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam ekonomi GIG seperti p-hailing, e-hailing, freelancer dan pelbagai perkhidmatan atas talian.
Kini terdapat sekitar 246 platform digital berdaftar yang menggerakkan sektor ini.
Berdasarkan data PERKESO hingga Ogos 2025, lebih 821 ribu pekerja sendiri telah mencarum di bawah skim perlindungan sosial, termasuk lebih 133 ribu pekerja p-hailing dan 189 ribu pekerja e-hailing. Jumlah ini dijangka terus meningkat apabila RUU Pekerja Gig 2025 dikuatkuasakan.
Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) awal 2025, negara mencatatkan 16.7 juta tenaga kerja dan daripada jumlah itu, sekitar 3.45 juta orang (20.7%) terlibat dalam pekerjaan tidak formal termasuk sektor GIG.
Ringkasnya, sektor GIG kini semakin besar dan menjadi salah satu tulang belakang penting kepada ekonomi digital Malaysia.
Tarikh Pelaksanaan
RUU Pekerja Gig 2025 dibentangkan kali pertama pada 14 Ogos 2025 dan bacaan kali kedua serta perbahasan dilakukan pada 26 Ogos 2025.
Dewan Rakyat meluluskan RUU ini pada 27 Ogos 2025.

Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai RUU Pekerja GIG 2025 ini, boleh rujuk DISINI.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!




