Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Permohonan Moratorium Bank Rakyat PKP 3.0

Disini kami kongsikan cara Permohonan Moratorium Bank Rakyat bagi PKP 3.0.

Selaras dengan pengumuman berkenaan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Targeted Payment Assistance) oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, Bank Rakyat menawarkan Bantuan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium bermula 1 Jun 2021 kepada golongan yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan PKP 3.0.

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan Moratorium Bank Rakyat PKP 3.0

Bantuan ini ditawarkan kepada pelanggan daripada kategori B40, Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, pelanggan selain daripada kategori tersebut yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini juga boleh memohon bantuan ini.

4 KATEGORI PEMOHON MORATORIUM BANK RAKYAT PKP 3.0

  1. BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK PROGRAM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR PELANGGAN B40
  2. BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN BERSASAR PEMBIAYAAN MIKRO-i
  3. BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN BERSASAR PEMBIAYAAN KEPADA PELANGGAN TERJEJAS SELAIN DARIPADA PELANGGAN B40 DAN MIKRO-i (M40 DAN T20)
  4. BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Baca Juga: Cara Permohonan Moratorium Bank Islam PKP 3.0

Bentuk Bantuan yang boleh dipilih adalah:

  • Pilihan 1 – Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).
  • Pilihan 2 – Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Cara Permohonan Moratorium Bank Rakyat PKP 3.0

Cara Permohonan Moratorium Bank Rakyat

Untuk membuat permohonan, pelanggan boleh menghubungi Bank Rakyat menerusi 4 cara berikut:

  1. Mengisi borang permohonan online: *Borang Permohonan : https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
  2. Menghantar e-mel kepada [email protected]
  3. Menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800.
  4. Mengunjungi Cawangan atau Susulan Berpusat Wilayah (SBW) yang berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan anda juga perlu disertakan dengan dokumen berikut:

  1. Bukti anda adalah tersenarai sebagai B40 (cetakan skrin portal semakan BPN); atau
  2. Permohonan lanjutan moratorium 3 bulan:
    • i) Salinan kad pengenalan; dan
    • ii) Surat diberhentikan kerja; atau
    • iii) Surat dikenakan cuti tanpa gaji
  3. Permohonan pengurangan 50% ansuran:
    • i) Salinan kad pengenalan; dan
    • ii) Salinan penyata gaji terkini dan salinan penyata gaji sebelum pengurangan gaji; dan/atau
    • iii) Salinan penyata bank sebelum dan selepas pendapatan terjejas; atau
    • iv) Salinan surat diberhentikan kerja atau bukti pengurangan pendapatan pasangan (jika pasangan yang terjejas).

Baca Juga: Cara Permohonan Moratorium Maybank PKP 3.0

Cara Permohonan Moratorium Bank Rakyat PKP 3.0

Semakan Kelulusan Permohonan Moratorium Bank Rakyat

Sila tunggu makluman status kelulusan melalui SMS jika telah berjaya menghantar permohonan yang dibuka selepas 1 Jun 2021.

Pihak bank memerlukan sedikit masa untuk memproses permohonan.

Contoh mesej SMS kelulusan moratorium yang akan diterima:

RM0 BANKRAKYAT: Moratorium 3 bulan anda telah diluluskan bermula Jun 2021. Info lanjut, hubungi 1300800800

RM0 BANKRAKYAT: Pengurangan 50% ansuran pembiayaan untuk 6 bulan anda telah diluluskan bermula Jun 2021. Info lanjut, hubungi 1300800800

Cara Permohonan Moratorium Bank Rakyat PKP 3.0

Maklumat Lanjut Moratorium Bank Rakyat 3.0

Sila layari laman web Bank Rakyat untuk maklumat lanjut atau klik pada pautan berikut:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More