Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor 2021

Kerajaan Negeri Johor menerusi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan membuka permohonan bagi Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor Tahun 2021.

Pemberian bantuan ini adalah sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Johor dalam membantu masyarakat India di negeri tersebut yang memerlukan bantuan.

Bagi yang ingin memohon, permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 15hb Julai 2021.

Isi Kandungan

Kaetgori Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor

Bantuan khas ini diberikan bagi masyarakat India yang memerlukan bantuan mengikut kategori:

  • Kebajikan
  • Pendidikan (IPTA & IPTS)
  • Keusahawanan

Baca Juga: Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0

Syarat Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor

Syarat permohonan adalah mengikut kategori permohonan yang dipohon iaitu:

Kebajikan

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
  2. Isi rumah berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM2000 sebulan.
  3. Mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF.
  4. Sekiranya ibu bapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  5. Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan atau Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/KetuaKampung.

Pendidikan (IPTA & IPTS)

  1. Warganegera Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangya 3 tahun.
  2. Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3500 sebulan.
  3. Mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF.
  4. Semua permohonan perlu mengemukakan salinan surat tawaran daripada institusi pendidikan yang mengesahkan kemasukan pemohon dalam kursus yang dipilih (bagi pelajar pendidikan asas, diploma dan ijazah), bagi yang bersekolah perlu mengemukakan salinan surat pengesahan pelajar.
  5. Sekiranya ibubapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  6. Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

Keusahawanan

  1. Warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun dan berumur di antara 18 hingga 60tahun.
  2. Sedang menjalankan perniagaan milik sendiri atau baru hendak memulakan perniagaan.
  3. Pemohon mendapat kelulusan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  4. Satu pinjaman bagi satu isi rumah.
  5. Berpendapatan kurang daripada RM5000 sebulan.
  6. Mengemukakan penyata akaun bank (3 bulan terakhir) dan Surat Akuan Bersumpah.
  7. Mengemukakan Kertas Rancangan Perniagaan.
  8. Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor 2021

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://makmurjohor.com/hebahan/bantuan-peruntukan-khas-masyarakat-india-negeri-johor-tahun-2021/.
  2. Muat turun borang mengikut kategori yang diperlukan.
  3. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  4. Sediakan dokumen sokongan.
  5. Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar melalui email [email protected] atau melalui pos ke alamat:Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,
    Aras 3, Bangunan Dato Jaafar Muhammad,
    79555 Iskandar Puteri,
    Johor Darul Takzim.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

Kebajikan

  1. Sekeping gambar berukuran passport.
  2. Satu salinan kad pengenalan diri dan keluarga.
  3. Salinan slip gaji (3 Bulan) atau Akuan Sumpah jika bekerja sendiri.
  4. Salinan penyata bank.
  5. Bil elektrik dan air.
  6. Surat pengesahan doktor (jika berkenaan).
  7. Surat Pengesahan Sewa Beli Rumah (jika berkenaan).
  8. Bil tunggakan daripada TNB dan SAJ (jika berkenaan).
  9. Salinan kad pengenalan si mati.
  10. Laporan polis (jika berkenaan).

Pendidikan (IPTA & IPTS)

  1. Salinan kad pengenalan pelajar.
  2. Salinan sijil kelahiran.
  3. Sekeping gambar berukuran pasport.
  4. Salinan kad pelajar.
  5. Salinan UPSR/PMR/SPM/STPM/SPV/Pendidikan Asas/Diploma/Lain-lain sijil.
  6. Salinan surat tawaran.
  7. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  8. Salinan tiga bulan gaji ibu dan bapa.
  9. Salinan statement bank akaun.
  10. Salinan kad pengenalan 2 nama rujukan.

Keusahawanan

  1. Gambar pasport
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
  4. Salinan penyata akaun semasa bank (3 bulan)
  5. Kertas kerja rancangan perniagaan

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor, sila hubungi Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor di talian 07-266 6031/07-266 6012.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More