Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Semak Dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional Official

Untuk pengetahuan anda, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional ini akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pada bulan April dan Mei. Pastikan anda menyemak dahulu kelayakan anda seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Bagi anda yang belum berdaftar, anda boleh membuat permohonan baharu mulai 1 April 2020 menerusi laman sesawang rasmi LHDNM pada pautan di sini. Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja.

Bagi yang dah berdaftar untuk BSH sebelum ini, bantuan akan terus disalurkan ke akaun masing-masing.

Bagi yang belum pernah lagi dapat atau mohon untuk BSH, masih tertanya-tanya macamana nak dapat, macamana nak check status sama ada layak atau tidak, di mana nak check, bagaimana nak mohon sekiranya tak ada rekod, di sini penulis akan dikongsikan serba sedikit mengenainya.

Isi Kandungan

Info Mengenai Bantuan Prihatin Nasional 

Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion, untuk pelbagai golongan termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pemandu Grab, pesara kerajaan, kakitangan awam dan lain-lain lagi.

Ini adalah bertujuan untuk bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas dengan wabak Coronavirus COVID-19.

Bantuan Prihatin Nasional merupakan bantuan pemberian tunai secara one-off kepada rakyat. Pemberian tunai Bantuan Prihatin Nasional ini akan disalurkan terus kepada golongan B40 yakni golongan yang berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan.

Jumlah Bantuan Prihatin Nasional dan tarikh pembayaran adalah sebanyak RM1600. Bayaran pertama adalah sebanyak RM1000 pada bulan April dan baki RM600 lagi adalah pada bulan Mei 2020.

Bantuan Prihatin Nasional juga akan turut menyalurkan bantuan untuk golongan RM40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke atas. Ini dilakukan demi untuk membantu semua lapisan masyarakat yang umumnya turut sama terjejas dengan keadaan ini tanpa mengira jumlah pendapatan bulanan mereka.

Kreteria Kelayakan

Kreteria Kelayakan Untuk Memohon Bantuan Prihatin Nasional

Kemaskini BSH 2020 Secara Online Melalui MyBSH

Okay dipendekkan cerita, masa sedang mencari info mengenai Bantuan Prihatin Nasional ini tadi, alhamdulillah sudah jumpa link untuk semak bagi mengetahui sama ada layak ke tidak bagi proses seterusnya.

Caranya adalah :

1. Pergi ke laman web utama BSH > DI SINI <

2. Masukkan nombor kad pengenalan kemudian klik pada perkataan SEMAK

Cara Semak Dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional Official 1

3. Jika ayat “Tiada Rekod. Sila buat permohonan / kemas kini permohonan BSH 2020”, maka hendaklah membuat permohonan baru bermula 1 April 2020

Cara Semak Dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional Official 2

Tempoh Membuat Semakan

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Setiap bakal pemohon hendaklah membuat semakan  sekarang atau permohonan akan ditolak. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan :

  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Kaedah Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

  1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  3. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Jika ada sebarang soalan yang lain, boleh baca info melalui link yang akan diberikan di bawah ini ataupun boleh terus hubungi mereka yang bertugas melalui nombor yang tertera.

KLIK UNTUK BACA SOALAN LAZIM YANG BERKAITAN

atau hubungi terus

Cara Semak Dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional Official 3

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More