Sumber Rujukan Globalisasi Anda

40GB Data Percuma Dari YES

Isi Kandungan

40GB Data Internet Percuma Daripada YES Untuk Anak Belajar Secara Online

Menerusi perkhidmatan internet disediakan oleh YES, anak-anak boleh belajar secara percuma di rumah. Pihak YES akan memberikan sehingga 5 sim percuma dilengkapkan dengan 40GB data percuma untuk setiap pelanggan atau ibubapa yang layak.

Ini adalah tawaran tanpa syarat yang ditawarkan oleh YTL Foundation dan YES 4G. Percuma selama 60 hari!

Anda hanya perlu memohon, dan anda boleh menggunakannya setelah menerima pengaktifan Kad SIM! Walaupun selepas 60 hari, tidak akan dikenakan caj (hanya tiada data)!

Dan anda juga boleh dapatkan App Mobile FrogPlay, supaya anda dan rakan-rakan boleh belajar di mana sahaja!

Ibubapa boleh membuat pesanan kad sim Yes 4G dan ia akan dihantar ke rumah secara percuma. Setiap kad sim ini datang bersama 40GB data yang sah digunakan selama 2 bulan. Ia juga membenarkan akses ke FrogAsia, sebuah platform pendidikan yang diusahakan oleh YTL. Tawaran ini diberikan kepada anak-anak yang sedang belajar di sekolah rendah dan menengah, serta di sekolah bantuan kerajaan di Malaysia.

Cara Mendapatkan Simkad Percuma Dengan 40GB Data Percuma YES

Bagi mendapatkan data percuma 40GB disediakan oleh YES ini, para ibubapa perlu membuat pendaftaran di laman web YES di sini – Daftar Untuk Dapatkan 40GB Data Percuma

Data 40GB ini akan diberikan secara percuma selama 2 bulan (termasuk tempoh sah laku 2 bulan) untuk mengakses portal pembelajaran Frogasia yang memang dikenali sebagai pengendali dan penyedia konten berkaitan pembelajaran secara atas talian.Pendaftaran adalah mudah. Apa yang perlu anda sediakan sebelum membuat pendaftaran adalah:

  • Kad pengenalan anda (dalam bentuk imej)
  • Gambar selfie anda sedang memegang kad pengenalan anda.
  • Kad pengenalan (MyKad/MyKid) anak anda (dalam bentuk imej)

Selesai mengisi maklumat yang diperlukan dan bersetuju atas terma disediakan, anda akan menerima satu sms pengesahan pendaftaran. Pengesahan juga akan dihantar ke email anda.

Kad sim YES akan dihantar kepada anda menerusi alamat rumah yang telah anda isi dalam jangkamasa 3 hari bekerja. Setelah menerima simkad tersebut, anda perlu mengaktifkannya secara online di pautan berikut – https://shop.yes.my/shop/activate.do

Muat Turun Aplikasi YES Dan Aplikasi Belajar Di Rumah Frogasia

Untuk memohon! >>> Mohon 40GB free data Disini

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More