Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BERTAUBATLAH SAJAT SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN

Pelbagai isu telah tular mengenai Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Nur Sajat, tetapi beliau masih tidak serik dan masih menaikkan kemarahan rakyat Malaysia. Sebelum ini, beliau telah memakai telekung bersama rakan-rakan transgender di Tanah suci, semasa menunaikan umrah. Kini beliau memuat naik video mengenai tiada pondan yang dijangkiti coronavirus, seolah-olah mengundang kemurkaan Allah.

sajat

PENDAKWAH bebas dikenali Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin menasihatkan ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai NurSajat, segera bertaubat.

Ia rentetan video tular Sajat mengatakan belum ada golongan transgender terkena jangkitan wabak pandemik Covid-19 ketika ini.

 

Justeru, Ustaz Ahmad Husam tampil berkongsi nasihat buat renungan Muhammad Sajad Kamaruzzaman dan golongan transgender lain dalam rakaman videonya.

TEGURAN BUAT SAJAT DAN TRANSGENDER!

 

“Saya nasihatkan supaya jangan cuba-cuba mencari atau menjemput kemurkaan Allah SWT kepada kamu.

“Kamu ingat murka Allah, laknat Allah ini satu benda untuk dipermainkan ke? Sebenarnya, kita dianjurkan oleh agama supaya berdoa pada Allah, dijauhkan dari murka Allah, laknat Allah,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini sudah bermacam- macam dakwah dan nasihat sudah diberi kepada Sajat tetapi ia seolah-olah tidak dipedulikan.

“Kamu kena ingat, laknat Allah datang bukan satu jenis, dua jenis, macam-macam jenis dan pelbagai cara.

“Saya mohon Sajat, kamu bertaubatlah pada Allah SWT. Bertaubatlah segera kepada Allah,” katanya.

Apapun, menerusi video Sajad yang tular itu menunjukkan ahli perniagaan terbabit seakan bangga golongan transgender tidak dijangkiti Covid-19.

“Tak pernah lagi pondan kena Corona, betul tak? Cuba awak tengok, ada tak pondan kena Corona. Tak ada lagi, mana ada,” katanya dalam video pendek tular itu.

Sehubungan itu, kebanyakan warganet kurang selesa dan ia mengundang kemarahan banyak pihak terhadap keberanian Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang didakwa seperti mencabar kekuasaan Allah.

Ini video yang boleh ditonton : Teguran Pedas Ustaz Husam Buat Muhammad Sajad Kamaruzzaman! BERTAUBATLAH SAJAT 

sumber : harian metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More